MERCEDES-Benz Malaysia baru-baru ini memperkenalkan siri GLA berwajah baharu dengan tiga varian iaitu GLA 200 Urban Line, GLA 250 4MATIC AMG Line dan varian paling berkuasa, AMG GLA 45 4MATIC berkuasa 381hp dan tork 475Nm.
Generasi baharu kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak itu dilengkapi pelbagai ciri baharu dari segi luaran dan dalaman, termasuk spesifikasi yang dikemas kini. Rekabentuk ekspresif adalah antara sebab kenapa GLA begitu digemari pembeli selain prestasi teknikal yang mengujakan. Naib Presiden, Jualan & Pemasaran Kereta Penumpang Mercedes-Benz Malaysia, Mark Reine berkata;
Generasi baharu GLA dengan karakter unik dan penampilan progresif ini dibina sebagai ikon stail. Bersama jiwa sporty dan karakter dinamik yang digabungkan bersama ciri bergaya itu, GLA sesuai buat mereka yang memiliki gaya hidup aktif."
Ciri Utama GLA Baharu:
Luaran
- Bampar dan warna baharu - canyon beige (cokelat keemasan)
- Suspensi off-road baharu - GLA 200 Urban Line dan GLA 250 4MATIC AMG Line
- GLA200 dilengkapi spesifikasi Urban Line dengan rim aloi 19-inci warna hitam mayang (matt black) dan kemasan lapisan kilat.
- AMG Line dan GLA 250 4MATIC tampil dengan karakter sporty seperti kit AMG, roda aloi 19-inci AMG, ekzos berkembar, brek cakera lelohong (ventilated-disc) dan kaliper dengan teks - Mercedes-Benz
- AMG GLA 45 4MATIC mendapat aksesori kosmetik baru seperti lid depan, gril, spliter depan, difuser belakang dan spoiler lip pada bumbung. Juga didatangkan dengan rim-aloi AMG 20-inci
Dalaman
- Kerusi kulit dan kemasan baharu dengan panel kawalan krom dan jarum merah pada meter - GLA.
- Papan pemuka menggunakan material kulit ARTICO, nombor panel instrumen direka baharu dan jarum meter hitam - AMG GLA 45 4MATIC.
Sistem Keselamatan
- GLA dilengkapi Bantuan Brek Aktif (Active Brake Assist) sebagai ciri standard yang berfungsi mengeluarkan amaran jika kereta dipandu terlalu hampir dengan kenderaan depan. Jika tiada respon atau pemandu terlalu lambat bertindak, kereta akan membrek automatik bagi mengelakkan perlanggaran.
- GLA turut dipasangkan Bantuan Perhatian (Attention Assists) sebagai ciri standard yang mampu mengesan situasi pemandu mengantuk menerusi tindak balas stereng dan beri amaran jika mereka dikesan seakan terlelap.
Teknikal dan Prestasi
- GLA 200 - Enjin 1.6L turbo; Kuasa 156hp @ 5,300rpm; Tork 250Nm (1,250-4,000rpm).
- GLA 250 4MATIC - Enjin 2.0L turbo; Kuasa 211hp @ 5,500rpm; Tork 350Nm (1,200-4,000rpm).
- Tetapan suspensi boleh ditala dengan opsyen mod Dynamic Select - Comfortable, Sporty, Efficient atau Individual.
- Pemandu juga boleh memilih mod transmisi - Comfort, Sport, Eco, Individual dan Off-road (bagi varian 4MATIC, GLA 250 4MATIC).
- Transmisi 7G-DCT dengan nisbah gear lebih pendek daripada gear 5 hingga 7.
MERCEDES AMG GLA 45 4MATIC
Selain karakter di atas, varian Mercedes AMG GLA 45 4MATIC (gambar atas) dibangunkan khas buat mereka yang mahukan kuasa luar biasa. Model ini mampu mencapai kelajuan 0-100kmj sepantas 4.4 saat daripada enjin 2.0L Turbo berkuasa 191hp. Varian ini dilengkapi AMG Dynamic Select dan transmisi 7-kelajuan AMG Speedshift DCT.
Mercedes-Benz GLA 200 dipasarkan pada harga RM239,888, GLA 250 4MATIC (RM269,888) dan GLA 45 4MATIC (RM408,888). Harga adalah atas jalan dan tidak termasuk insurans.
Leave a Reply