• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CaltexGO Tawar Pelbagai Ganjaran Menarik buat Pengguna Baharu

CaltexGO Tawar Pelbagai Ganjaran Menarik buat Pengguna Baharu

October 11, 2024 By Syafie Leave a Comment

38
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CALTEX Malaysia menawarkan pelbagai ganjaran menarik iaitu Caltex Rewards yang boleh ditebus semua pengguna baru atau pengguna sedia ada dalam aplikasi CaltexGO.

Matlamat utama tawaran ini dilaksanakan adalah untuk memberikan kemudahan kepada semua pengguna, termasuk penebusan pelbagai ganjaran, pengisian bahan api yang mudah, dan melakukan sebarang transaksi di hujung jari.

Pengerusi Chevron Malaysia Limited’s Country, Dean Gilbert berkata;

“Kami melihat sambutan hebat daripada pengguna kenderaan Malaysia yang mendapat manfaat daripada aplikasi CaltexGO. Caltex Rewards telah membawa lebih banyak senyuman kepada pelanggan kami di seluruh negara, dan kami komited untuk terus meningkatkan pengalaman mereka. Dengan memperkenalkan lebih ramai rakan kongsi dan perkhidmatan dalam splikasi ini, kami turut menyasarkan untuk setiap perjalanan bersama Caltex bukan sahaja mudah tetapi juga bermanfaat.”

Berikut antara ganjaran daripada jenama lain yang ditawarkan:

  • Watsons
  • FamilyMart
  • Mydin
  • 7 Eleven
  • Lotus's
  • Grab
  • Touch n' Go

Semua pengguna juga boleh memaksimumkan ganjaran mereka dengan memperoleh mata Caltex Rewards serta-merta apabila membuat pengisian minyak di stesen Caltex. Terdapat juga bonus tambahan sebanyak 500 mata untuk pengisian minyak pada bulan kelahiran masing-masing.

Bagi pengguna baru yang mendaftar menerusi aplikasi atau laman web CaltexGO juga akan menerima Welcome Bonus sebanyak 500 mata bersamaan RM5 apabila melengkapkan transaksi bahan api buat pertama kali.

Malah, lebih banyak lagi mata Caltex Rewards yang boleh didapatkan menerusi bonus cabaran eksklusif dan tawaran lain dalam aplikasi ini.

Related

38
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Caltex, Caltex Rewards, CaltexGO

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev