• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Awas !!! Honda HR-V Sudah Tiba - Harga Dari RM99,800 - RM118,800

PREVIU: Awas !!! Honda HR-V Sudah Tiba - Harga Dari RM99,800 - RM118,800

February 6, 2015 By admin.pandulaju 1 Comment

FacebookTwitter

Honda HR-V MASA yang dinanti-nanti akhirnya tiba apabila Honda Malaysia melancarkan model SUV kompak baharunya, Honda HR-V yang di jual pada harga kompetitif.

HR-V atau dikenali sebagai Honda Vezel di beberapa negara tertentu ditawarkan dalam tiga varian berbeza iaitu S, E dan V.

HARGA (atas jalan termasuk insurans)

  • HR-V 1.8L S: RM99,800
  • HR-V 1.8L E: RM108,800
  • HR-V 1.8L v: RM118,800

PESAING:

  • Ford EcoSport 1.5L (2014): RM92,888 hingga RM103,888
  • Peugeot 2008 1.6L (2014): RM119,888

04 Models posing with the All-New HR-V

Biarpun belum dilancarkan secara rasmi, Honda HR-V sudah menerima lebih daripada 1,500 unit tempahan dalam tempoh sebulan. Wah, biar betul?

03 Model posing with the All-New HR-V_Eco Assist backdrop

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Roslan Abdullah berkata, pihaknya menyasarkan penjualan 700 unit sebulan.

Jadi apakah kehebatan SUV ini sehingga ia diterima ramai dan menjadi antara model SUV terlaris di Jepun.

LUARAN:

Nama HR-V diambil daripada (Hip & Smart Runabout Vehicle) yang menampilkan ciri dinamik, keselesaan dan keselamatan sebuah SUV. HR-V disifatkan sebagai kenderaan generasi baharu yang bakal menjadi pilihan utama bagi mereka yang merancang untuk memiliki kenderaan baharu.

Rekaan luaran menampilkan konsep Exciting H Design, di mana ‘H’ bermaksud tumpuan terhadap manusia (Human Center) yang memberi fokus ke atas pemandu dan penumpang.

P1270460

P1270472    P1270469

P1270482Bahagian hadapan sedan menampilkan wajah Exciting H Design yang berbentuk ‘solid wing face’, manakala belakang nampak lebar bersama imej premium dan gabungan lampu belakang serta panel plat sepadan.

Untuk tampak lebih maskulin, gril dan lampu hadapan LED disatukan. Begitu juga dengan kehadiran lampu belakang Combi berjaya membuatkan ia kelihatan menarik.

Lebih menarik, pembuka pintu belakang HR-V diintegrasikan dengan cermin tingkap bagi meningkatkan lagi penampilannya yang kelihatan seperti sebuah coupe.

P1270510

P1270519  P1270518  P1270515  P1270514P1270507DALAMAN:

Dari aspek dalaman, ruangan kabin HR-V diserlahkan menerusi kehadiran  konsol tengah yang tinggi selain penggunaan brek parkir elektrik yang juga model pertama Honda yang menggunakan ciri itu.

Untuk keselesaan, SUV kompak ini memberikan sudut pandangan lebih luas buat pemandu menerusi penambahbaikan pada kelebaran dan sudut palang hadapan. Ruang kabin HR-V juga boleh diubah mengikut kesesuaian dengan melipat sepenuhnya kerusi belakang.

Antara ciri lain pada ruangan kabin adalah kehadiran meter ambien menarik, port USB dan HDMI, tujuh pemegang cawan, paparan audio skrin sesentuh bersaiz tujuh inci dengan enam pembesar suara, kawalan pemanduan, Mod ECON, Bantuan ECO, butang penghidup enjin, dan panel penyaman udara sentuhan auto.

P1270505PRESTASI:

Dibangunkan berasaskan platform Honda City dan Jazz, HR-V dijana unit enjin i-VTEC SOHC bersesaran 1.8L bersama kotak gear CVT di bawah Teknologi Earth Dream Honda. Ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 140hp pada 6,500rpm dan tork puncak 172Nm (4,300rpm).

Bukan saja berprestasi tinggi, HRV dan pada masa sama turut menawarkan  penjimatan bahan api yang mengagumkan.

P1270537P1270532Aspek keselamatan pula, HR-V dibina menggunakan kerangka tubuh yang kukuh, stabil dan ringan. Keseronokan pemanduan turut ditingkatkan menerusi kabin yang lebih senyap dan kurang getaran (NVH).

Pelbagai ciri keselamatan turut tersedia pada HR-V termasuk Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA), ISOFIX dan enam beg udara (varian V).

P1270493WARNA PILIHAN:

  • Kelabu Metalik (Modern Steel Metallic)
  • Putih (Taffeta White)
  • Perak Metalik (Alabaster Silver Metallic)
  • Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl)
  • Hitam Metalik (Ruse Black Metallic)

Bagi mereka yang mahukan penampilan HR-V lebih ranggi, Honda Malaysia turut menawarkan dua pakej menarik iaitu Utiliti pada harga RM1,550 dan Modulo dengan tambahan RM1,650.

Jika ada kemampuan, apa salahnya cuba pertimbangkan HR-V baharu ini. Lebih penting, kereta mantap, harga kompetitif. Mana nak dapat pakej menarik macam ini bro !!!

06 Models posing with the All-New HR-V

P1270535    P1270497

P1270456  P1270468

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Exciting H Design, Honda CR-V, Honda HR-V Test Drive, Honda Malaysia, Honda Vezel, Jualan Honda HR-V bermula, Pandu Uji Honda HR-V, Roslan Abdullah, Tempahan Honda HR-V Dibuka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev