• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Subaru Impreza - Jaguh Rali Jepun Paling Ikonik, Kalahkan Mitsubishi Evo

Subaru Impreza - Jaguh Rali Jepun Paling Ikonik, Kalahkan Mitsubishi Evo

June 14, 2017 By Abang Hirata 2 Comments

618
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda peminat Subaru Impreza atau Mitsubishi Evolution, apakah reaksi anda selepas membaca tajuk di atas? Panas hati atau kembang punggung? Tahniah kepada Impreza, dan bertabahlah kepada Evo kerana keputusan yang menyebelahi Subaru itu diraih daripada undian atas talian daripada pengguna media sosial.

Berdasarkan sejarah, pertarungan Impreza dan Evo dalam pelbagai peringkat Rali Dunia sudah berlangsung lebih sedekad. Cuma tahun ini dipertandingkan sekali lagi oleh penganjur Japfest secara atas talian.

BACA >>> Subaru Impreza (2017) Raih Anugerah Kereta Terbaik Jepun Selepas Belasan Tahun Kempunan

Japfest ialah pameran kenderaan terbesar Jepun di Eropah dan berlangsung di Litar Silverstone pada 30 April lalu. Seperti pertarungan epik kedua-dua jenama pengeluar iru, begitu juga undian sosial media yang menyaksikan persaingan sengit dan keputusan tipis.

Keputusannya, Impreza mendapat 50.95 peratus, manakala Evo pula 49.05 peratus. Undian tersebut juga dijalankan bagi menguar-uarkan perlumbaan masa terpantas di Litar Silverstone menggunakan jentera Evo dan Impreza.

BACA >>> Subaru WRX & WRX STI (2018) - Prestasi Dipertingkat, Rupa Lebih Segar

Ini adalah kali kedua Japfest menganjurkan acara tersebut di Litar Silverstone selepas pertama kali melakukannya pada tahun lalu di lokasi sama. Hampir 20,000 pengunjung pada acara berkenaan dengan mencatatkan peningkatan 20 peratus berbanding 2015.

Antara acara istimewa ialah slot Retrofest sebagai penghormatan kepada kereta klasik Jepun, dan Power Paddock iaitu pameran kereta berasaskan kriteria nisbah kuasa kepada berat.

Related

618
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, jaguh rali paling ikonik, Mitsubishi Evolution, Roda4, Subaru Impreza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev