MEMANDU kereta berenjin turbo memang menyeronokkan kerana pemanduan rasa lancar dan berkuasa, serta menjimatkan. Kereta turbo ibarat atlet lumba yang mampu berlari pantas meninggalkan pesaing-pesaing biasa.
Namun, pelumba lari perlu mematuhi rutin harian tertentu seperti mengamalkan rejim pemakanan ketat dan latihan intensif. Semua itu dilakukan semata-mata untuk mengekalkan tahap optimum larian mereka. Begitu juga kereta turbo anda yang perlu dijaga rutin penyenggaraan dan cara pemanduan, berbeza berbanding kereta biasa lain yang pernah anda pandu sebelum ini.
BACA >>> Ramai Pemandu UK Kurang Pengetahuan Senggara Kereta, Tidak Tahu Simbol Amaran Brek
Sekarang mari kita ketahui apakah 4 tip mudah yang perlu anda lakukan untuk menjaga enjin turbo? (Model rujukan Proton Suprima S).
1. PATUHI JADUAL SENGGARA
Kalau bukan enjin turbo sekalipun, ini ialah perkara asas yang perlu dilakukan semua pemandu. Anda mesti mematuhi jadual penyenggaraan yang ditetapkan pengeluar jika mahu kereta turbo anda kurang penyakit dan panjang umur.
Inikan pula kereta seperti Proton Suprima S yang dibekalkan enjin turbo, sudah tentu anda sepatutnya lebih peka dan peduli tentang masa menyenggara. Bukan boleh main langgar saja seperti tabiat yang selalu anda lakukan semasa berkereta lama dahulu.
2. GUNA MINYAK ENJIN DISYORKAN
Jika Suprima S anda seorang atlit, sudah tentu rutin pemakanannya berbeza berbanding orang biasa. Atlit perlukan makanan yang mampu menjana banyak tenaga segera dan mereka perlu mematuhi saranan pakar nutrisi.
BACA >>> Bilakah Tempoh Anda Sepatutnya Tukar Minyak Enjin?
Begitu juga Suprima S anda. Kereta anda kini perlukan 'makanan' yang memang diuji dan terbukti untuk kecekapan dan kelasakan enjin turbo. Bagi kereta Proton misalnya, spesifikasi minimum minyak enjin yang disyorkan ialah API SL 10W-30 (semi-sintetik). Jangan main belasah saja!
3. JANGAN TERUS LENJAN
Laju-laju nak ke mana? Bersabar dan tunggulah sehingga enjin turbo anda betul-betul mencapai tahap operasi. Ini bukan bermaksud anda perlu membiarkan enjin dihidupkan melampau lama sambil masuk ke rumah bersarapan dan baca surat khabar.
Anda boleh saja terus bergerak selepas 30 saat atau 1 minit menghidupkan enjin. Apa yang dilarang adalah jangan menekan pedal minyak sehingga separuh terotel kerana situasi menaikkan RPM tinggi ketika enjin sejuk mampu menyebabkan pengecasturbo rosak.
BACA >>> Enjin Pengecas Turbo dalam Setiap Silinder Bakal Hapuskan Masalah 'Turbo Lag'?
Atlit terpantas di atas muka Bumi seperti Usain Bolt pun perlu memanaskan badan. Sebelum memecut 100 meter dalam perlumbaan rasmi, Usain sudah berjalan dan berlari berkilometer jauh untuk memanaskan badannya. Mesti warm-up dulu.
4. SELEPAS MEMANDU, JANGAN TERUS MATIKAN ENJIN
Kalau ada fasa 'panaskan badan', sudah tentu ada fasa 'sejukkan badan' atau cool down. Ya, seperti yang kami jelaskan di atas, Suprima S anda sepatutnya dilayan sebagai seorang atlit. Bukan orang biasa-biasa.
Jadi, selepas pemanduan lasak seperti memandu kereta Suprima S anda meredah laluan panjang lebuh raya dari Kuala Lumpur ke Perlis, janganlah terus mematikan enjin. Bawa bertenang dan tunggu sekejap lebih kurang 30 saat sebelum enjin dimatikan. Sekali lagi soalan kami, laju-laju tu nak ke mana? Rilekslah!
AMARAN
Anda dilarang mencampurkan sebarang bahan aditif ke dalam bahan api dan minyak enjin kerana mampu mengubah kelikatan minyak dan membentuk pepejal yang menyekat kelancaran pengaliran ke sistem turbo. Sekali lagi diingatkan, kegagalan mematuhi jadual servis ditetapkan boleh menyebabkan kerosakan pada sistem turbo kereta anda. Jangan main-main!
aman nizan says
turbo proton, hmmm bagus jugak. lain2 model taktau la camana. jika preve turbo hmm.. best of the best dlm kategori dia. semangat dia mai bila pedal floor pressed. top speed boleh la dlm 205kmh. abs cemerlang. bagus. dah ter-try sistem brake dia bila aku terpaksa membrek pada speed 180kmh drop ke 80kmh..fuhh.. terbaik, tapi tayar michelin la 4 biji..handling bagus, 7 speed auto, nak drop gear cuma hujung jari kiri, lepas tu cuma floor pressed semula.. not bad for soft turbo.. overall bagus. kereta untuk performance. handling lotus tu.. beza dgn produa..hmm langit dan bumi laaa
Mak ko says
Isap syabu ke bos? Proton mane ade 7speed. Nak tipu tu pun agak agak la anjing
Bapak ko says
Seriously kau tak pernah masuk Keta Preve/Suprima, ada 7 ratio gear cvt. Sedih tul anjing ni. Menyalak tak tentu pasal.
Abah says
Bukan isap syabulah, minum air ketum aje...
atuk ko says
discover dulu boss sebelum ckp. preve/suprima mmg ada 7 speed
Mak Cik says
Google dulu sblm bkata2 yer kalau xtau
Antah ko says
Jenis nyembang tak tau hujung pangkal nya. Try dulu bawak bang baru tau ada 7 ratio gear utk model cvt preve cfe
Lek says
Terima kasih di atas info, sy adalah pengguna proton suprima s, sangat selesa berbanding dgn kereta yg digunakan terdahulu...
Boy says
Betul preve ada 7speed...
entah says
boss preve cfe mmg 7 speed auto boss. (7 speed ProTronic CVT). 😁
t says
pasal keta pun sampai nak menganjing-anjirr 😂😂
Hanizam Lasimon says
Hahahahahaha... Biase lah.. Kalau x tau fakta tapi nak berkata2.. Hambek kena setepek.. Sy pakai preve turbo, mmg ade 7 Speed.. Nama die 7 speed Protronic Paddle-Shift..
Zaki Preve turbo says
Hahaha..aku pn guna Preve turbo..7 speed..mungkin ada sesetengah orang yg x th kot..mungkin dia masih berada di zaman batu lg Kottt..
zac says
org pki moto nk smbg psl kereta mcm tu la jdnya....ha ha main redah je
Mohamad Firdaus Ismail says
Aku gune prave cfe turbo dah 8 thn.. still blh speed 200 +++ km selesa je
Hamba Allah says
Gearbox cvt mana ada gear lau ikutkan pun.sama mcm motor scooter..cuma ada mekanisme elektronik yg memberi rasa lbh kurang ratio gearbox manual atau dct/dsg.Cvt ni guna kaedah belting naik turun.langsung tkde gear.n cvt juger gearbox yg plg ringan simple dan bkn utk perfomance la..lebih kepada ekonomi myk sap ckit.so jika ada mn2 pihak yg bgtau cvt ada ratio gear sume tu dorang tk jelaskan dgn betul.jika cvt tu shj tanpa mekanisme elektronik.maka tkde la ratio gear tu sume bagai.sy pki exora turbo.n ada 1 kete kedua yg pki dct.gearbox..insyallah sy berpandukan.fakta..bukan pandangan.so tkde yg salah tkde yg betul pun semuanyer..cuma kita tk diinfokan dgn betul..manual juger zaman skill yg terbaik..skg cume cheating..