• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Zuckerberg Hadiahkan Isteri Porsche Cayenne Versi Minivan

Zuckerberg Hadiahkan Isteri Porsche Cayenne Versi Minivan

October 7, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


TULAR di media sosial, pengasas Meta (atau Facebook), Mark Zuckerberg menghadiahkan isterinya sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Porsche Cayenne Turbo GT yang diubah suai menjadi minivan.

Ini dikongsikan menerusi Instagram peribadi Zuckerberg yang menunjukkan beliau dan isteri, Pricilla Chan berswafoto bersama dua model Porsche,  iaitu Cayenne Minivan dan kereta sport, 911 GT3 Touring.

Dalam perkongsian itu juga, Zuckerberg menghadiahkan kenderaan tersebut kerana isterinya mahukan sebuah minivan. Bagi seorang bilionair yang memiliki kekayaan bersih bernilai AS$206 bilion (RM883 bilion) dan tergolong dalam senarai manusia terkaya di planet Bumi, sudah tentulah bukan hal besar untuk mengubah sebuah SUV Porsche menjadi minivan.

Kerja pengubahsuaian dilakukan pasukan kustom West Coast Customs (WCC) yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat.

Antara perubahan dilakukan pada SUV tersebut adalah:

  • Pintu penumpang belakang menggunakan pintu gelangsar elektrik.
  • Saiz kenderaan lebih panjang, tetapi masih mengekalkan rekabentuk asal bahagian depan dan belakang.
  • Menggunakan warna dan brek kaliper sama seperti 911 GT3 Touring milik Zuckerberg.

First images of the Porsche Cayenne Turbo GT Minivan that Mark Zuckerberg designed with West Coast Customs for his wife Priscilla 🔥 pic.twitter.com/tdQOhaddqG

— MOTORFORMS 🏁 (@motorforms) October 6, 2024

Trenkuasa model diubahsuai ini belum dapat dikenal pasti, tetapi spesifikasi asal SUV Porsche Cayenne Turbo GT ini dijana enjin petrol 4.0L V8 turbo kembar yang mampu menghasilkan output kuasa 650hp, dan tork 849Nm manakala pecutan 0-100kmj sepantas 3.3 saat.

Kata orang ada duit semua jadi, apa yang dimahukan dapat jadi kenyataan.

SUMBER: Instagram MarkZuckerberg

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Mark Zuckerberg, minivan, Porsche, Porsche 911 GT3 Touring, Porsche Cayenne Turbo GT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my