HAMPIR satu pertiga pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 di seluruh negara layak menyertai program peralihan kepada Kelas B Penuh (B Full).
Ini melibatkan 3,328,603 individu daripada jumlah keseluruhan pemegang lesen B1 dan B2 (9,319,844) setakat 3 Oktober 2024.
Kumpulan yang layak menaik taraf kelas lesen B-Penuh boleh berbuat demikian dengan membuat pendaftaran program khas peralihan LMM di 139 institut memandu (IM) seluruh negara.
SENARAI INSTITUT MEMANDU TERLIBAT
Pemegang lesen LMM kelas B1 dan B2 yang layak boleh mengimbas kod QR di bawah ini untuk melihat pusat IM yang menawarkan program tersebut.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan menjelaskan senarai IM akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan program peralihan lesen itu akan bermula pada 1 Oktober 2024 berikutan cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Leave a Reply