• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen ID.7 Pro S 2024 Capai Pemanduan Lebih 790km dengan Sekali Cas!

Volkswagen ID.7 Pro S 2024 Capai Pemanduan Lebih 790km dengan Sekali Cas!

October 3, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


KEBIMBANGAN jarak (range anxiety) boleh diibaratkan seperti keraguan tentang jumlah bahan api kereta yang mencukupi untuk sampai ke destinasi. Jika kereta terhenti, pemandu masih boleh meminta bantuan untuk membeli petrol, tetapi bagaimanakah pula dengan kenderaan elektrik (EV)?

Pada masa kini, terdapat syarikat yang menawarkan perkhidmatan bank kuasa bergerak, tetapi kaedah paling berkesan adalah melalui perancangan dan strategi pengecasan yang baik.

Pengeluar EV juga sedia maklum mengenai kebimbangan jarak dan menanganinya melalui sistem pintar atau dengan menawarkan bateri berkapasiti besar. EV dengan jarak melebihi 500km bukanlah sesuatu yang asing dan dijangka bertambah pada masa depan.

Selain kereta buatan China yang menawarkan jarak pemanduan jauh, pengeluar Eropah seperti Volkswagen juga menunjukkan kemampuan sama menerusi model ID.7 Pro S.

Atas kertas dinyatakan hingga 709km mengikut ujian Prosedur Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP), tetapi ujian terbaharu berjaya mencapai 794km dengan sekali cas.

Seperkara perlu diketahui untuk pemanduan ini, Volkswagen Team Switzerland dengan Felix Egolf sebagai ketua projek ialah pakar dalam pemanduan EV jauh atau dipanggil hypermiler.

Beliau sebelum ini berjaya mencatatkan rekod dengan memandu ID.3 sejauh 531km dari Zwickau di Saxony, Jerman hingga Schaffhausen, Switzerland yang melebihi jarak sepatutnya untuk model tersebut.

Rekod kedua dibuat dengan bateri lebih besar dan Volkswagen ID.3 Pro S yang dipandu berjaya mencecah 602km dalam sekali cas bateri yang merentasi 15 pergunungan Alpine dan ketinggian 13,000 meter.

Walaupun pemanduan itu dirancang dan dikendalikan pengeluar, rekod dicapai itu dapat memberikan gambaran mengenai kemampuan ID.7 Pro S yang mana jarak pemanduan 700km bukan setakat cetakan atas kertas spesifikasi sahaja.

Perincian Pemanduan Volkswagen ID.7 Pro S

  • Dipandu atas jalan raya awam dalam aliran trafik normal sepanjang perjalanan pada waktu siang pada pertengahan minggu lalu dengan purata halaju 51kmj.
  • Melibatkan laluan sejauh kira-kira 81km di Zug, selatan Zurich, terdiri daripada jalan utama, lebuh raya, dan jalan luar bandar dengan pendakian.
  • Lapan pemandu berbeza menghabiskan 794km dalam masa dua hari berturut-turut dengan hanya sekali cas.
  • Purata penggunaan tenaga dicatatkan adalah rendah, iaitu 10.3kWj per 100km, mengatasi nilai WLTP terendah 13.6kWj untuk model ini. Jika ditukarkan kepada diesel, ibarat 1.1 liter per 100km.
  • Baki jarak dipaparkan 2km.
  • Model dipandu tidak dilengkapi ciri tambahan untuk pemanduan jarak tertinggi.
  • Varian dengan ciri pilihan tambahan seperti pakej Comfort, pakej sistem bantuan IQ.DRIVE, pakej luaran Plus dan pam haba boleh dipandu hingga 700km (WLTP).

Ciri Volkswagen ID.7 Pro S

  • Memiliki pekali seretan (Cd) 0.23 (bergantung komponen).
  • Penggunaan tenaga 16.2-13.6kWj (kombinasi WLTP) (bergantung komponen).
  • Jarak pemanduan hingga 709km (WLTP) dengan ciri pilihan tambahan.
  • Tempoh pengecasan 10 minit untuk jarak pemanduan 244km (kuasa pengecasan 200kW), manakala 26 minit untuk 10-80 peratus.
  • Di Britain dijual pada harga antara £55,450 (RM311,090)

Fungsi Pilihan Electric Vehicle Route Planner

  • Membuat kiraan laluan optimum berdasarkan tahap bateri semasa dan stesen pengecasan yang tersedia sepanjang laluan.
  • Menunjukkan kepada pemandu lokasi pengecasan terbaik dan merancang hentian pengecasan yang perlu untuk pemanduan cekap.
  • Turut mengambil kira situasi lalu lintas masa nyata untuk mencari laluan paling pantas dan paling mudah.
VW ID.7 Pro S - ujian terdahulu
VW ID.7 Pro S - ujian terdahulu
All-electric ID.7 Pro S covers 794 km on one battery charge
All-electric ID.7 Pro S covers 794 km on one battery charge
All-electric ID.7 Pro S covers 794 km on one battery charge
All-electric ID.7 Pro S covers 794 km on one battery charge
felix-egolf-volkswagen-team-swiss-2
felix-egolf-volkswagen-team-swiss
felix-egolf-volkswagen-team-swiss-3
volkswagen-id.7-pro-s-2024-3
volkswagen-id.7-pro-s-2024-1
volkswagen-id.7-pro-s-2024-2

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Roda4, Volkswagen, Volkswagen ID.7, Volkswagen ID.7 Pro, Volkswagen ID.7 Pro S, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev