• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Perodua Alza Turbo - Bukan Sekadar MPV Biasa!

Perodua Alza Turbo - Bukan Sekadar MPV Biasa!

May 28, 2017 By Abang GYL 5 Comments

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Perodua Alza TurboLUAR dan dalam tampak biasa, tapi jangan sesekali anda berani nak ‘buli’ Perodua Alza yang menjadi pilihan ruangan Bikin Kereta kali ini.

Ya, Perodua Alza ini sudah menjalani proses bolt on turbo. Enjin asal bersesaran 1.5L dipasangkan dengan unit turbo TD05 milik Subaru.

BACA >>> Perodua Myvi - Nampak Biasa Tapi Berbisa!

Perodua Alza TurboENJIN TURBO

Udara luar ditapis masuk menerusi penapis berjenama Simota bagi memastikan tiada sebarang benda asing memasuki sistem enjin.

Udara sejuk dari intercooler Apexi kemudian disedut memasuki ruangan intake manakala udara berlebihan ditolak keluar melalui blow-off Turbosmart Super Sonic.

Ketahanan dan kuasa enjin menjadi lebih padu dengan penggunaan piston Wiseco berukuran 73mm bersama conrod Forged. Manakala kepala silinder enjin turut dilakukan proses port n polish bagi bagi memastikan kelancaran udara keluar masuk di ruangan kebuk.

BACA >>> Modifikasi Gila Tukar Enjin Toyota 86 Kepada Ferrari 458 Italia

Perodua Alza Turbo
Perodua Alza Turbo

Selain itu, bahan api dari tangki utama dipam masuk oleh AVS 255lph sebelum ke pelaras Work dan seterusnya memasuki ruangan kebuk.

Gas karbon yang terhasil melalui pembakaran dalam kebuk kemudian ditolak keluar melalui banana rekaan kustom yang ditenggekkan bersama compgate Turbosmart serta down pipe stainless steel.

Tidak cukup dengan itu, kuasa yang terhasil dari enjin seterusnya dihantar ke bahagian roda melalui kotak gear asal lengkap dengan klac berprestasi Exedy Racing. Talaan pada enjin menjadi lebih berkuasa dengan penggunaan unit ECU GReddy E-Manage.

Bagi sistem pemberhentian, sistem brek bahagian hadapan Perodua Alza Turbo ini masih lagi kekal asal. Manakala pada bahagian belakang dipadankan dengan sistem brek kepunyaan Honda Stream. Untuk kestabilan pula, jentera ini didatangkan dengan sistem penyerap hentak boleh laras HWL HLSH.

BACA >>> Proton Wira Jelmaan EVO III

Perodua Alza Turbo
Perodua Alza Turbo

LUARAN KEKAL SAMA

Seperti dimaklumkan, penampilan luaran Perodua Alza Turbo ini tampak biasa. Cuma beberapa penambahbaikan dilakukan seperti penggunaan rim Enkei RP01 berukuran 16-inci dan dibaluti tayar Dunlop 205/50R16.

Begitu juga pada bahagian dalaman. Ruangan papan pemuka menempatkan beberapa meter bagi memantau perjalanan enjin seperti Defi 4 beradik (oil temp, boost, water temp, fuel press), RSM Apexi dan unit pemasa turbo Apexi.

Bagaimana? Ada yang berani lagi mahu lawan?

Perodua Alza TurboSPESIFIKASI

KERETA Perodua Alza SXi
ENJIN Alza Manual 1.5cc
MODIFIKASI ENJIN Bolt on Turbo, Turbo TD05H Subaru, custom banana stainless steel, compgate Turbosmart 40mm, Simota air filter, Apexi Intercooler, stainless steel piping, blow-off Turbosmart Super Sonic, 2.5” down pipe ss, Apexi N1 muffler, Works fuel regulator, AVS fuel pump 255LPH, piston Wiseco 73mm, conrod Forged
TRANSMISI Klac Exedy Racing Japan
ELEKTRONIK GReddy E-Manage
BREK Alza (depan), Honda Stream (belakang)
RODA Rim Enkei RP01 16”, tayar Dunlop 205/50/16
SUSPENSI HWL HLSH
BENGKEL Turbo Dot Com
PEMILIK Chik Pijan

GALERI

Perodua Alza Turbo
Perodua Alza Turbo
Perodua Alza Turbo
Perodua Alza Turbo
Perodua Alza Turbo
Perodua Alza Turbo
Perodua Alza Turbo
Perodua Alza Turbo
Perodua Alza Turbo
Perodua Alza Turbo
Perodua Alza Turbo
Perodua Alza Turbo
Perodua Alza Turbo
Perodua Alza Turbo
Perodua Alza Turbo
Perodua Alza Turbo

FOTO Shah Bahulu@Adam Photography

Related

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Kereta, Chik Pijan, modifikasi perodua alza, Perodua Alza, perodua alza turbo, Turbo Dot Com

Comments

  1. aman nizan says

    May 29, 2017 at 1:30 PM

    statistik. 7 dari 10 kemalangan alza, maut. ni kereta dalam town. bukan kereta nak tergedik gedik atas hiway dalam speed 140- 160. Statistik. 99% pemandu/pemilik alza= siru, perasan, pundek. perangai mcm pemandu myvi. mcm haram puii

    Reply
    • Daniel Hardy says

      May 29, 2017 at 4:29 PM

      Tak penah lagi nampak alza buat main kat trek. Haha!

      Reply
      • streamLovers says

        June 14, 2019 at 3:01 AM

        minat dan hobi masing2 bukan nya modi mcm ni nak 24jam duk atas highway nak full pedal.. kau ni mesti pakai waja auto sambung bayar bapak kau punya..

        Reply
    • streamLovers says

      June 14, 2019 at 3:05 AM

      minat dan hobi masing2 bukan nya modi mcm ni nak 24jam duk atas highway nak full pedal.. kau ni mesti pakai waja auto sambung bayar bapak kau punya..

      Reply
  2. WAN ISMAIL B. WAN MOHAMED says

    May 30, 2017 at 7:13 AM

    Suka kalau diberi komen prestasi melalui dyno dan on the road.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my