• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Motosikal EV Buatan Malaysia, Thada Sasar Rintis Pasaran Dua Roda Mesra Alam di Kemboja

Motosikal EV Buatan Malaysia, Thada Sasar Rintis Pasaran Dua Roda Mesra Alam di Kemboja

September 30, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


MCLS Synergy Co Ltd ialah syarikat milik Malaysia di Kemboja dan berhasrat menerajui sistem pengangkutan mesra alam di negara itu menerusi jenama motosikal elektrik, Thada.

Thada yang direka di Malaysia menjanjikan tunggangan tangkas dengan menggunakan komponen yang dikeluarkan di China dan dipasang di Phnom Penh.

Walaupun pasaran EV masih di peringkat awal, tetapi MCLS sudah menjual kira-kira 400 unit di pasaran domestik sejak dilancarkan pada 2018 dengan persaingan daripada 10 jenama motosikal EV lain.

Berikut tiga model dilancarkan di Kemboja:

  • Thada-OX (1,200W)
  • Thada-H1 (1,200W)
  • Thada Moon-X (3,000W)

Pengarah Urusan MCLS, Syaiful Hazreen Hasan Nodin berkata, motosikal konvensional masih kekal mendominasi pasaran tempatan kerana sektor EV masih belum diterokai meluas.

Terdapat potensi besar dalam pasaran Kemboja, ia mempunyai populasi muda yang semakin meningkat, dan bagi kebanyakan pelajar dan orang dewasa, motosikal ialah mod pengangkutan utama berikutan harga bahan api yang agak mahal di sini."

"Tetapi kekurangan kesedaran menyumbang kepada pertumbuhan perlahan pasaran dan terdapat juga ramai pemain."

Menurut Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan, kini sudah ada 914 skuter elektrik berdaftar dan 18 stesen pengecas EV setakat Jun 2024, serta ada tiga juta penduduk di Phnom Penh dengan jumlah motosikal berdaftar lebih lima juta unit.

Bagi mengekalkan Thada sebagai pemain utama dalam pasaran, jenama berkenaan menawarkan pelbagai inisiatif dan pakej pada harga mampu milik. Berikut inisiatif ditawarkan:

  • Sewa bulanan dengan perbatuan tanpa had.
  • Bekerjasama dengan syarikat pengecas bateri.
  • Menyediakan stesen bateri dalam radius 5-10km di Bandar Phnom Penh.
  • Boleh menukar bateri secara terus dengan tambahan jarak perjalanan 60km tanpa perlu mengecas.

Kini, Thada sangat popular dalam kalangan penunggang penghantar makanan kerana dapat menjimatkan kos bahan api dan kos penyelenggaraan motosikal.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, MCLS Synergy Co. Ltd, Motosikal Elektrik (EV), Thada

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev