• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GWM Haval H6 HEV 2025 Versi CKD Siap Sedia Lancar Oktober Ini, Harga Bawah RM145k!

GWM Haval H6 HEV 2025 Versi CKD Siap Sedia Lancar Oktober Ini, Harga Bawah RM145k!

September 30, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


GREAT Wall Motor (GWM) Malaysia sudah memulakan aktiviti pengeluaran model kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid GWM Haval H6 HEV dari kilang pengeluaran EP Manufacturing Berhad (EPMB) di Pegoh, Melaka.

Haval H6 HEV ialah SUV dengan trenkuasa hibrid petrol-elektrik yang akan diperkenalkan secara rasmi ke pasaran Malaysia pada Oktober ini. Selain model itu, GWM Malaysia turut menawarkan ORA Good Cat, ORA 07 dan GWM Tank 300 di pasaran tempatan.

Haval H6 HEV 2024 akan ditawarkan pada harga anggaran bawah RM145,000 dan tempahan boleh dibuat bermula hari ini. Individu yang membuat tempahan awal akan menerima beberapa ganjaran istimewa sebelum pelancaran rasmi seperti berikut:

  • Nilai eksklusif RM3,000 apabila membayar yuran tempahan RM1,000
  • Waranti enjin 10 tahun atau 1,000,000km (mana satu tiba dulu)
  • Waranti sistem HEV lapan tahun atau 1,000,000km (mana satu tiba dulu), termasuk transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT), bateri voltan tinggi dan kabel serta unit kawalan transmisi (TCU).

* Semua ganjaran tertakluk terma dan syarat ditetapkan GWM Malaysia.

AKTIVITI PENGELUARAN

GWM Malaysia mensasarkan kapasiti pengeluaran awal 10,000 unit setahun untuk fasa pertama sebelum meningkatkan jumlah pengeluaran hingga 300,000 unit untuk fasa kedua.

Pemasangan Haval H6 HEV mendapat sokongan kejuruteraan dan teknikal GWM China yang memastikan prosedur dibuat mengikut prosedur dan kawalan ketat.

Setiap unit akan menjalani prosedur komprehensif melibatkan lebih 12 pemeriksaan dan kawalan kualiti (QC) ketat. Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi berkata;

Di GWM Malaysia, fokus keutamaan kami bukan saja menghasilkan kenderaan berkualiti tinggi, tetapi juga menawarkan pengalaman pemilikan lancar.

"Melalui proses pemeriksaan komprehensif, kami dapat memastikan setiap unit GWM Haval H6 HEV yang dihasilkan memenuhi piawaian ketat dalam aspek kualiti dan reliabiliti."

gwm-haval-h6-hev-ckd-2
gwm-haval-h6-hev-ckd-1
gwm-haval-h6-hev-ckd-5
haval h6 hev - 2
haval h6 hev - 1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Cui Anqi, EP Manufacturing Berhad, Great Wall Motor (GWM), Haval H6 HEV, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev