• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Petronas Peroleh Konsesi Minyak, Gas di Abu Dhabi

Petronas Peroleh Konsesi Minyak, Gas di Abu Dhabi

September 27, 2024 By Syafie Leave a Comment

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PETRONAS Abu Dhabi Sdn Bhd yang juga subsidiari penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berjaya memperoleh konsesi cari gali minyak dan gas baharu di Onshore Block 2, wilayah Al Dhafra.

Kerjasama bersama pihak Majlis Tertinggi Hal Ehwal Kewangan dan Ekonomi Abu Dhabi (SCFEA) menjadikan Petronas Abu Dhabi memegang 100 peratus ekuiti dan tanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali di kawasan seluas lebih 7,300km persegi itu.

Malah, ini juga konsesi ketiga selepas Unconventional Block 5 pada 2024 dan Unconventional Block 1 pada 2022.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Huluan Petronas, Mohd Jukris Abdul Wahab berkata, kerjasama ini akan meluaskan lagi portfolio huluan syarikat nasional itu di Abu Dhabi.

Usaha itu membabitkan sumber konvensional dan bukan konvensional yang menawarkan potensi bagi pertumbuhan cari gali."

Sebagai syarikat minyak dan gas negara dengan kehadiran global, ia kekal komited bagi mengimbangi obligasi domestik dan merebut peluang antarabangsa serta mengekalkan portfolio perniagaan kukuh dalam kepesatan lanskap tenaga.

Justeru Petronas Abu Dhabi akan kekal komited dalam meninjau pendekatan mampan dalam operasi sejajar dengan sasaran emisi sifar bersih syarikat.

SUMBER: Bernama

Related

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Majlis Tertinggi Hal Ehwal Kewangan dan Ekonomi Abu Dhabi (SCFEA), Petronas, Petronas Abu Dhabi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my