• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda City V Special Edition 2025 Masuk Malaysia Terhad 99 Unit Sahaja, Harga RM95.2k!

Honda City V Special Edition 2025 Masuk Malaysia Terhad 99 Unit Sahaja, Harga RM95.2k!

September 27, 2024 By Shawkath Leave a Comment

159
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS pelancaran WR-V RS SE pada 12 September lalu, Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan satu lagi varian Edisi Khas ke pasaran tempatan, iaitui Honda City Generasi Kelima.

Sedan Honda City V Special Edition (SE) ditawarkan dalam kuantiti terhad pada harga tidak termasuk insurans RM95,200 seunit dalam warna Platinum White Pearl (putih).

Harga sebenar varian Honda City V ialah RM94,900, tetapi dikenakan tambahan caj RM300 kerana warna putih digunakan. Berikut perincian sedan itu:

  • Hanya 99 unit ditawarkan, sama seperti Honda WR-V RS SE.

  • Aspek mekanikal kekal sama seperti model sedia ada, iaitu enjin 4-silinder sebaris aspirasi natural (NA) 1.5L DOHC i-VTEC berkuasa 119hp @ 6,600rpm, dan tork 145Nm @ 4,300rpm.
  • Sistem transmisi automatik CVT dengan sistem pacuan roda depan (FWD).
  • Tampil lebih eksklusif dengan pembaharuan luaran seperti spoiler bampar depan, skirt sisi dan spoiler bawah bampar belakang.
  • Tambahan lain ialah lencana khas Special Edition.
  • Pembeli juga menerima perakam video digital (DVR) Honda, dipasang pada cermin depan.
  • Dilengkapi pencahayaan kaki dan plat kemasan sisi serta pelapik but.
  • Kapasiti but 519 liter dan kerusi belakang boleh lipat 60:40.
  • Ada enam beg udara dan dilengkapi teknologi keselamatan termaju Honda SENSING.

Honda City ialah sedan segmen-B yang digemari ramai pengguna Malaysia hingga merekodkan jualan terkumpul lebih 450,000 unit. Model generasi kelima versi dipertingkat membuat kemunculan pada Ogos 2023 dengan jualan lebih 26,200 unit.

Related

159
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda City V Special Edition (2024), Honda Malaysia, Honda WR-V RS SE, Roda4, sedan segmen-B, sedan subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my