• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Kedah Guna Steamroller Lupus Ratusan Komponen Motosikal

Polis Kedah Guna Steamroller Lupus Ratusan Komponen Motosikal

September 27, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS Kedah menjalankan siri pelupusan komponen motosikal disita daripada pemilik dan penunggang dalam Ops Khas Motosikal dan Ops Samseng Jalanan yang dijalankan sepanjang tahun ini.

Kerja memusnahkan semua komponen itu dibuat selepas memperoleh arahan pelupusan daripada mahkamah di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Pelupusan itu melibatkan komponen tidak mengikut spesifikasi ditetapkan atau diubah suai, membabitkan unit kawalan elektronik (ECU), ekzos, swingarm, enjin, karburetor dan tayar.

KOMPONEN PALING BANYAK DIRAMPAS

  • Komponen ubah suai paling banyak dirampas ialah ekzos, (1,079 unit) dan swimgarm (302 unit).
  • Jumlah rampasan komponen tahun ini adalah 1,412 unit.

PELUPUSAN JULAI 2024

Polis Kedah pernah melakukan pelupusan 320 item rampasan komponen motosikal pada 11 Julai lalu dengan menggunakan steamroller. Berikut senarai komponen dilupuskan:

  • 251 unit ekzos
  • 63 swingarm
  • Seunit enjin
  • Empat karburator
  • Seunit ECU

PELUPUSAN SEPTEMBER 2024

Operasi pelupusan membabitkan 330 item rampasan terdiri daripada:

  • 242 ekzos
  • 77 swingarm
  • Lima karburator
  • Enam komponen lain (tidak dinyatakan)

Arahan pelupusan dibuat mengikut Seksyen 407 Kanun Prosedur Jenayah dengan kaedah pelupusan secara gelek menggunakan steamroller atau pengelek jalan. Proses pelupusan dibuat mengikut panduan piawaian, undang-undang dan peraturan ditetapkan.

Baki item rampasan yang disita masih dalam proses menunggu keputusan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan mahkamah.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Ops Khas motosikal, Ops Samseng Jalanan, Polis Kedah, Seksyen 407 Kanun Prosedur Jenayah, Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev