VOLVO Cars Malaysia (VCM) secara rasmi melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh Volvo EX30 2024 ke pasaran tempatan dalam tiga varian pilihan.
Sebagai permulaan, VCM menawarkan unit kenderaan import (CBU) terlebih dulu sebelum menyusul EX30 versi pemasangan tempatan (CKD) tahun depan. Berikut perincian SUV EV berkenaan:
VARIAN
Ada tiga varian ditawarkan pada harga seperti berikut:
- EX30 Plus (motor tunggal) - RM188,888
- EX30 Ultra (motor tunggal) - RM208,888
- EX30 Ultra Twin (dwi-motor) - RM228,888
Harga jualan Sabah dan Sarawak pula adalah:
- EX30 Plus - RM188,648
- EX30 Ultra - RM208,648
- EX30 Ultra Twin - RM228,648
WARNA PILIHAN
Ada lima warna pilihan disediakan: Cloud Blue (biru lembut), Vapour Grey (kelabu lembut), Crystal White (putih), Onyx Black (hitam) dan Moss Yellow (kuning).
Warna kuning diilhamkan daripada lumut yang tumbuh sepanjang pantai barat Sweden, dan tona ini ditawarkan dalam tempoh terhad, serta disediakan untuk varian Ultra sahaja.
TRENKUASA
EX30 Ultra Twin
- Motor kembar dengan sistem pacuan semua roda (AWD)
- Menghasilkan output kuasa 428hp dan tork 543Nm.
- Pecutan 0-100kmj sepantas 3.6 saat.
EX30 Plus dan EX30 Ultra
- Motor magnet kekal tunggal di gandar belakang (2WD).
- Output kuasa 272hp dan tork 343Nm.
- Pecutan 0-100kmj sepantas 5.3 saat.
Kelajuan maksimum semua varian 180kmj, manakala transmisi kelajuan tunggal.
PEK BATERI
- Semua varian dipasang pek bateri NMC 69kWh dengan jarak pemanduan mengikut varian, iaitu Plus dan Ultra sejauh 476km, manakala Ultra Twin sejauh 450km, mengikut ujian Prosedur Pengangkutan Ringan Sedunia (WLTP).
PENGECASAN BATERI
TIga varian Volvo EX30 2024 menggunakan bateri sama, termasuk masa mengecas berdasarkan kaedah dan kapasiti pengecasan:
- Pengecasan standard (AC) 7.4kw mengambil masa 11 jam untuk 0-100 peratus.
- Pengecasan AC 11kW memerlukan lapan jam (0-100 peratus).
- Pengecasan pantas (DC) 50kW mengambil masa 56 minit untuk dari 10 hingga 80 peratus.
- Pengecasan DC 175kW pula 28 minit untuk kapasiti 80 peratus.
APA MENARIK?
- Volvo EX30 2024 ialah model pecutan terpantas Voldvo yang turut dilengkapi banyak ciri canggih seperti:
- Antara muka intuitif dengan aplikasi Google terbina dalam dan kesedaran sekeliling 360° (menggunakan kamera, sensor dan radar).
- Varian Ultra dilengkapi ciri bantuan parkir Park Pilot Assist, kamera 360°, tempat duduk depan boleh laras elektrik dan bumbung panoramik.
LEBIH UNTUNG MILIKI EX30?
- Setiap pembelian layak menerima waranti kenderaan lima tahun tanpa had perbatuan dan boleh dipindahkan kepada pemilik kedua. Syaratnya, masih berada dalam tempoh waranti lima tahun sejak pembelian pertama.
- Hadir dengan pakej lima tahun Pelan Servis Volvo (VSP), perkhidmatan digital dan bantuan jalanan 24 jam.
- Waranti bateri pula lapan tahun.
PERINCIAN
- Sistem lampu LED penuh depan dan belakang.
- Rim aloi 19 inci untuk semua varian, tiada tayar ganti, tetapi diberikan kit baik pulih tayar.
- Cermin sisi antisilau.
- Kamera 360º untuk varian Ultra, manakala Plus dilengkapi kamera depan-belakang.
- Lampu ambien lima tema yang diilhamkan daripada persekitaran alam semula jadi Sweden.
- Sistem audio jenis bar bawah cermin depan berjenama Harman Kardon.
- Bumbung panoramik tidak boleh dibuka (siri Ultra sahaja).
- Unit infotainmen 12.3 inci skrin sentuh di tengah papan pemuka.
- Ada pengecas telefon pintar wayarles.
- Sistem penyaman udara dwi-zon.
- Ada lima kerusi dengan tempat duduk belakang boleh rebah penuh (60:40).
- Butang turun dan naik tingkap ditempatkan di kawasan perehat tangan antara kerusi.
- Cuma satu pilihan warna kabin, iaitu Indigo dengan material tekstil denim kitar semula dan upholsteri Nordico.
- Tiada poket simpanan barang di belakang kerusi pemandu dan penumpang depan.
- Kotak simpan barang (glove box) diposisikan bawah skrin infotainmen yang hanya boleh dibuka menggunakan skrin sentuh.
- Pemegang cawan jenis gelongsor
- Tempat simpanan bawah perehat tangan.
- Kotak storan bawah perehat tangan tengah boleh ditanggal dari belakang, dan berfungsi sebagai tong sampah.
- Kapasiti but 318 liter dan boleh dipertingkat kepada 718 liter dengan merebahkan tempat duduk barisan kedua.
- Ruang storan tersembunyi bawah lantai but belakang berkapasiti 61 liter.
CIRI KESELAMATAN
Volvo EX30 2024 sarat dengan ciri keselamatan seperti:
- Safe Space Technology Volvo dan sistem bantuan pemandu canggih berasaskan radar, sensor ultrasonik dan kamera sekeliling.
- Amaran buka pintu dengan signal dan audio amaran jika mengesan kelibat motosikal, kenderaan lain atau pejalan kaki dari belakang.
- Pilot Assist dinaik taraf dengan kelebihan mengubah jarak optimum (menjauhi) kenderaan berat di lebuh raya.
- Sistem brek automatik untuk trafik lintas depan, belokan di persimpangan dan ketika mengundur pada halaju rendah.
- Ciei Elak Pelanggaran Automatik (ACA) untuk pengguna jalan raya lain (penunggang motosikal dan basikal di lorong sehala).
- Park Pilot Assist berfungsi membantu pemandu meletak kenderaan di ruang parkir selari, melengkung, vertikal, atau serong.
- Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Amaran Keluar Lorong (LDW).
- Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Bantuan Kemudi.
Leave a Reply