• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Batik Air Buka Laluan Baharu Pulau Pinang-Jakarta Bermula 1 Oktober 2024

Batik Air Buka Laluan Baharu Pulau Pinang-Jakarta Bermula 1 Oktober 2024

September 25, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


BATIK Air bakal membuka lauan baharu antara Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta, Indonesia bermula 1 Oktober 2024.

Laluan baharu ini akan menggunakan pesawat Boeing 737 milik Batik Air dalam pilihan konfigurasi dua kelas dengan menyediakan kemudahan lebih baik kepada pengembara perniagaan dan percutian selain menawarkan penerbangan harian pergi-balik pada hari sama.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, penerbangan ini dapat meningkatkan kesalinghubungan antara Malaysia dan Indonesia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan kepentingan pelancongan perubatan di Pulau Pinang yang menjadi destinasi utama untuk kemudahan kesihatan berkualiti tinggi.

Laluan baharu ini memudahkan pengunjung dari Indonesia mendapatkan rawatan perubatan, menawarkan perjalanan lancar dan mudah untuk menikmati penjagaan kesihatan yang baik. Menerusi penerbangan terus ke Pulau Pinang, pesakit akan dapat sampai ke destinasi lebih mudah tanpa melalui pelbagai sambungan penerbangan."

"Kami melihat potensi besar dalam laluan ini. Pada 2023 saja, Pulau Pinang menerima lebih 160,000 pelancong Indonesia. Jumlah pelawat ramai ini membuktikan Indonesia sebagai pasaran utama, dengan golongan profesional muda dan keluarga tertarik dengan gabungan unik warisan budaya, perayaan dan makanan di negeri berkenaan."

Berdasarkan data pejabat Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menerima pelancong dari 40 negara sepanjang tahun lalu dan tertinggi, seperti berikut:

  • Indonesia (163,187 orang)
  • Singapura (74,800 orang)
  • Taiwan (15,602 orang)
  • China (13,029 orang)

Maklumat lanjut atau tempahan tiket boleh layari www.batikair.com

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Batik Air, Kapal Terbang, Laluan Baharu Batik Air, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Soekarno-Hatta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev