• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Kenderaan Capai 533,301 Unit dari Januari Hingga Ogos 2024

Jualan Kenderaan Capai 533,301 Unit dari Januari Hingga Ogos 2024

September 20, 2024 By Syafie Leave a Comment

91
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENJUALAN kenderaan di Malaysia bagi tempoh lapan bulan bermula Januari hingga Ogos tahun ini merekodkan jumlah sebanyak 533,301 unit bersamaan dengan peningkatan enam peratus lebih tinggi berbanding 503,783 unit yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam satu kenyataan berkata, jumlah keseluruhan itu merupakan gabungan jumlah dua jenis kenderaan iaitu 488,277 unit kenderaan penumpang dan 45,024 unit kenderaan komersial. Dalam tempoh lapan bulan pertama 2023, jumlah kenderaan penumpang mengalami peningkatan sebanyak 36,874 unit (451,403 unit), manakala jumlah untuk kenderaan komersial pula mengalami penurunan sebanyak 7,356 unit (52,380 unit).

Bagaimanapun jualan pada Ogos 2024 menunjukkan penurunan marginal 0.8 peratus bersamaan 71,162 unit lebih rendah berbanding 71,730 unit pada bulan sebelumnya tetapi masih kekal melebihi 70,000 unit sebulan.

Mengikut pecahan, jualan kenderaan penumpang dan komersial pada Ogos 2024 juga masing-masing mencatatkan 65,637 unit dan 5,525 unit, lebih rendah berbanding 65,709 unit dan 7,135 unit yang dicapai pada Ogos tahun lalu.

Darisegi pengeluaran kenderaan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2024, sebanyak 536,313 unit telah dihasilkan mewakili 506,374 unit kenderaan penumpang dan 29,939 unit kenderaan komersial, sekaligus menunjukkan peningkatan berbanding jumlah pengeluaran kenderaan dalam tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 497,309 unit sahaja.

SUMBER: BeritaHarian

Related

91
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jumlah Jualan Kenderaan, Persatuan Automotif Malaysia (MAA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my