• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #CIMA2024: Zonsen Perkenal Sportbike Cyclone RC 600 Gaya MotoGP, Terhad 100 Unit!

#CIMA2024: Zonsen Perkenal Sportbike Cyclone RC 600 Gaya MotoGP, Terhad 100 Unit!

September 23, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


ZONSEN (juga dikenali sebagai Zongshen) memperkenalkan dua model istimewa Cyclone sempena meraikan ulang tahun ke-100 jenama motosikal premium itu di China, Jumaat lalu.

Dua model dengan warna kuning terang itu ialah sportbike Cyclone RC 600 Centennial Legends Commemorative Edition dan model konsep bobber RA600 yang debut di Pameran Dagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA) 2024 di Chongqing, China.

Artikel ini akan menumpukan kepada Cyclone RC 600 Centennial Legends Commemorative Edition. Berikut perincian model itu:

  • Tiga warna pilihan: kuning, putih dan hitam.
  • Dikategorikan sebagai edisi terhad dengan tawaran 100 unit.
  • Harga pasaran China 28,888 yuan (RM17,135).
  • Pembeli juga akan menerima pakej ganjaran bernilai 1,000 yuan (RM590), berupa fairing depan, visor angin dan penutup pelana serta pingat khas.
  • Waranti lima tahun dengan jarak perbatuan 50,000km.
  • Rekaan fairing dan visor depan mengambil ilham bionik ikan pari (jenis manta ray).
  • Rekabentuk tangki minyak pula diilhamkan daripada struktur abdomen ikan pari.
  • Bentuk lampu belakang juga inspirasi ikan pari berenang.
  • Dijana trenkuasa 4-lejang 2-silinder sebaris (ND560) 550.4cc penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI), berkuasa 58.3hp @ 8,500rpm dan tork 55Nm @ 6,500rpm.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan klac slipper dan QuickShifter sehala.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang.
  • Sistem brek cakera tunggal di depan dan belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).
  • Rim aloi 17 inci dengan tayar 120/70 (depan), dan 160/60 (belakang).
  • Dimensi panjang 2,060mm, lebar 790mm, dan tinggi 1,150mm, manakala jarak roda 1,430mm dan jarak tinggi bumi 140mm.
  • Tinggi pelana 790mm.
  • Berat kasar 186kg..
  • Kapasiti tangki minyak 15 liter.
  • Panel meter digital TFT berwarna 6.5 inci.
  • Anggaran kelajuan 180-190kmj.
cyclone rc600 - 2_02
cyclone rc600 - 9_09
cyclone rc600 - 17_17
cyclone rc600 - 33_32
cyclone rc600 - 35_34
cyclone rc600 - 16_16
cyclone rc600 - 22_22
cyclone rc600 - 39_38
cyclone rc600 - 42_41
cyclone rc600 - 41_40
cyclone rc600 - 40_39
cyclone rc600 - 11_11
cyclone rc600 - 18_18
cyclone rc600 - 24_24
cyclone rc600 - 27_27
cyclone rc600 - 37_36
cyclone rc600 - 38_37
cyclone rc600 - 48_47
cyclone rc600 - 46_45
cyclone rc600 - 47_46
cyclone rc600 - 49_48
cyclone rc600 - 43_42
cyclone rc600 - 34_33
cyclone rc600 - 21_21
cyclone rc600 - 36_35

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: CIMA 2024, Cyclone RC 600 Centennial Legends Commemorative Edition, MForce Bike Holdings (MForce Bike), Pameran Dagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA) 2024, roda2, Zongshen, Zongshen Cyclone, Zonsen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev