STELLANTIS Malaysia sedang melakukan persiapan pelancaran model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh Leapmotor C10 yang dijangka mengambil tempat pada pertengahan bulan depan.
Sehubungan itu, firma tersebut mengadakan sesi pratayang eksklusif dan tertutup untuk SUV jenama China berkenaan dekat Subang Jaya, Selangor. Di pasaran, Leapmotor C10 akan bersaing dengan Proton eMas 7 atau BYD Atto 3?
Tiada perincian mengenai SUV itu didedahkan. Berikut beberapa maklumat yang sempat diperoleh pada sesi berkenaan:
- Model yang dipamerkan adalah versi pemanduan sebelah kanan (RHD).
- Ada tiga warna pilihan dibawa ke sesi berkenaan: putih, hijau gelap dan kelabu.
- Ada dua warna kabin: hitam dan coklat.
- Didatangkan dalam konfigurasi 5-kerusi.
- Pintu kenderaan boleh buka-tutup dengan menyentuh kad NFC pada cermin sisi.
- Kad NFC sama digunakan untuk menghidupkan motor elektrik dengan meletakkan kad di konsol tengah (tempat pengecas wayarles).
- Menggunakan unit motor elektrik pada gandar belakang, dan dalam sistem pacuan roda belakang (RWD).
- Pek bateri ditempatkan dalam casis kenderaan, dan bateri menggunakan sistem penyejukan cecair.
- Bampar depan dilengkapi penutup gril aktif di bahagian bawah nombor plat.
- Ada lampu kabus depan dan belakang.
- Ruang dalaman tampil minimalis tanpa butang pada konsol tengah.
- Hampir semua fungsi kawalan perlu dibuat menerusi skrin unit infotainmen di tengah papan pemuka.
- Stereng dilengkapi konsol kawalan jenis roda dan pad nipis yang perlu ditekan.
- Ada sensor pada pilar-A untuk mengesan kondisi pemandu ketika memandu sama ada mengantuk atau tidak fokus.
- Ada empat mod pandu: ECO, Comfort, Sport dan Custom.
- Tempat duduk baris depan boleh laras menggunakan butang sebelah kerusi. Kerusi juga boleh laras menerusi skrin infotainmen.
- Kerusi pemandu dan penumpang depan dilengkapi ciri pengudaraan dan pemanas.
- Ada tiga mod istimewa: Guard Mode, Camp Mode dan Nap Mode.
- Dilengkapi kamera 360º.
- Material kerusi jenis sintetik, dipanggil Oeko Tex dengan ciri mesra bayi.
- Bagaimanapun, jika kanak-kanak menggigit balutan kerusi dengan kuat, ia masih boleh meninggalkan kesan atau terkoyak.
- Lampu ambien kabin boleh ditetapkan warna, ikut rentak muzik atau berubah perlahan-lahan.
- Boleh menerima arahan suara, tetapi respons agak terbatas.
- Tiada konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
- Bumbung suria panoramik.
- Hendal pintu jenis flushed untuk meningkatkan kecekapan aerodinamik.
- Corong penyaman udara disorok antara papan pemuka.
- Kerusi depan dan belakang boleh direbahkan penuh.
- Rim aloi 20 inci dengan tayar 245/45 jenama Dunlop e.SportMaxx
- Hadir dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) dan teknologi keselamatan seperti:
- Bantuan Kekal Lorong (LKA)
- Kawalan Tengah Lorong (LCC)
- Bantuan Halaju Pintar (SSA)
- Amaran Perubahan Halaju (SCW)
- Amaran Pandu Laju (HSW)
- Kawalan Halaju (Speed Control)
- Amaran Rempuhan Depan (FCA)
- Brek Automatik (AEB)
- Amaran Keluar Lorong (LDW)
- Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
- Mod Creep (gerak perlahan)
- Brek Pegun (AHB)
- Bantuan Turun Bukit (HDC)
- Ada ciri V2L (vehicle-to-load)
Leave a Reply