• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Asal-Usul Nama Skoda Karoq? Adakah Ada Kaitan dengan Karaoke?

#TahukahAnda: Asal-Usul Nama Skoda Karoq? Adakah Ada Kaitan dengan Karaoke?

May 27, 2017 By Han Othman 1 Comment

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SKODA Karoq ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak serba baharu keluaran pengeluar automotif dari Republik Czech itu. Tahukah anda apakah maksud 'Karoq'? Adakah maksudnya 'Karaoke' mengikut slanga orang Malaysia ketika mahu mengajak rakan-rakan pergi menyanyi di pusat hiburan keluarga?

Begini, Skoda sebenarnya mendapat nama Karoq dengan meminta bantuan penduduk Pulau Kodiak dalam negeri Alaska di Amerika Syarikat (AS). Sebagai makluman, Pulau Kodiak juga menjadi inspirasi kepada Kodiaq, iaitu nama model SUV buatan Skoda yang berada dalam segmen lebih besar. Secara mudahnya, Kodiaq ialah abang kepada Karoq. 😆

ILHAM SEORANG BUDAK


Proses memilih nama Karoq memang menyeronokkan dengan pelbagai nama dicadangkan penduduk pulau itu. Namun, apa yang unik ialah Skoda akhirnya memutuskan memilih satu nama yang diberikan seorang budak lelaki berusia 12 tahun, iaitu 'Karoq'.

Nama Karoq diilhamkan daripada Bahasa Alutiiq, iaitu kaum asli yang tinggal di pesisir pantai selatan Alaska. Nama Karoq ialah gabungan perkataan 'KAA'RAQ' (kereta) dan 'RUQ' (anak panah). Kebetulan anak panah ialah simbol yang turut ada dalam logo Skoda.

Ketua Pemasaran dan Produk Skoda, Stefan Buscer mengakui pemilihan nama yang hampir sama dengan abangnya, Kodiaq itu sememangnya dirancang. Menurutnya;

Hubungan antara nama famili adalah dirancang secara strategi. Ini mewujudkan tatanama seragam bagi produk SUV sedia ada dan akan datang."

Skoda bakal meluaskan lagi pengeluaran model baharu dalam beberapa tahun akan datang sebagai sebahagian daripada Strategi 2025. Lima kenderaan elektrik (EV) adalah antara model baharu Skoda yang bakal menyusul dengan model EV pertama dijadualkan di pasaran AS menjelang 2020, selepas pelancaran model EV hibrid plug-in (PHEV), Skoda Superb.

Mari kita saksikan video pencarian nama Skoda Karoq di bawah ini:

SUMBER: CarScoops

Related

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), maksud Skoda Karoq, Roda4, ŠKODA, ŠKODA Karoq, Skoda Kodiak, Stefan Buscer, SUV, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev