• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton R3 Tamatkan Operasi, Kekangan Bajet Jadi Punca Penutupan

Proton R3 Tamatkan Operasi, Kekangan Bajet Jadi Punca Penutupan

May 26, 2017 By Han Othman 2 Comments

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SURATAN dalam kebetulan, divisyen prestasi, Proton R3 yang sinonim dengan sukan permotoran tempatan dan antarabangsa bakal menamatkan operasi pada penghujung bulan ini. Kebetulan pula berita penutupan tersebut dibuat beberapa hari selepas Proton mengumumkan kerjasama rakan strategik asing dengan pengeluar automotif China, Geely, kelmarin - 24 Mei.

Sepanjang penubuhan, R3, yang merujuk kepada Race.Rally.Racing, memang cukup terkenal dan disegani di kalangan peminat sukan perlumbaan di Malaysia dan Asia. Malah, R3 turut mengeluarkan aksesori aftermarket bagi kereta-kereta penumpang Proton, termasuk melancarkan model penuh versi talaan semula seperti Satria Neo dan Proton Satria Neo, serta Proton Satria Neo R3 Lotus Racing.

proton-satria-neo-r3-lotus-1
proton-satria-neo-r3-lotus-2

Kelibat jentera R3 turut menggegarkan pentas perlumbaan dengan pelbagai catatan kejayaan dalam Kejohanan Rali Asia-Pasifik (APRC), Cabaran Rali Antara Benua (IRC) dan pelbagai siri kejohanan tempatan seperti sukan lumba enduran dan rali. Malah, R3 turut berjaya menembus masuk arena permotoran Jepun susulan pembangunan dan pencapaian yang dicapai dalam APRC menerusi Neo S2000 dan Satria Neo 1.6L Campro.

KEKURANGAN BAJET JADI PUNCA

alister-mcrae-proton-motorsports-malaysia-2012-pandulaju
proton-team-nz-pandulaju (2)
proton-team-nz-pandulaju
proton-team-thailand-2012-podium-pandulaju
andersson-pg-axelsson-e-swe-proton-satria-s2000-sweden-pandulaju

Menurut orang kuat R3, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel dipetik sumber Mekanika Malaysia, penutupan operasi R3 adalah disebabkan kekangan bajet dan tiada kaitan dengan kerjasama strategik Proton-Geely. Katanya lagi, keputusan tersebut sudah dirancang lama berikutan kekurangan bajet untuk operasi dan jualan yang perlahan kebelakangan ini.

Proton perlu mengutamakan bajet mereka dalam operasi teras. R3 tidak lagi dalam senarai keutamaan Proton berikutan jualan yang tidak menentu. Ini yang terbaik buat masa ini, memang keputusan sukar, tapi kami melihatnya dari sudut positif."

- Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel

Masa depan R3 kini terletak kepada rakan strategik baru Proton sama ada Geely berminat meneruskan operasi divisyen itu dengan suntikan dana dan pelan hala tuju baru, ataupun dibiarkan berakhir begitu saja menjadi sebahagian sejarah permotoran Malaysia. :'(

KREDIT FOTO: ProtonMotorsports

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Proton R3, Proton R3 tutup operasi, Proton Satria Neo R3, Proton Satria Neo R3 Lotus Racing, Proton Satria R3

Comments

  1. cps says

    May 26, 2017 at 3:18 PM

    Geely dipunyai oleh bisnesman, jika R3 boleh membawa pulangan, sudah pasti divisien R3 akan diteruskan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev