• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Syarikat Kerjasama Renault, Geely Bekal Enjin 3-Silinder 1.0L Turbo kepada Syarikat EV Brazil

Syarikat Kerjasama Renault, Geely Bekal Enjin 3-Silinder 1.0L Turbo kepada Syarikat EV Brazil

September 17, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SEPERTI dilaporkan sebelum ini, Horse bekerjasama dengan pengeluar bas terbesar di Amerika Selatan, Marcopolo dan pembuat perkakasan elektronik multinasional dari Brazil, WEG bagi membangunkan bas mikro hibrid Volare Attack 9.

Horse ialah divisyen bawah Horse Powertrain Limited, iaitu syarikat kerjasama antara Renault Group dan Geely yang baru saja ditubuhkan pada 31 Mei 2024.

Renault Group dan Geely masing-masing memegang 45 peratus saham, manakala baki dimiliki Aramco. Syarikat itu menumpukan kepada penyelesaian hibrid dan trenkuasa pembakaran dalaman (ICE).

Bas mini yang dibangunkan itu menggunakan enjin 3-silinder HR10 1.0L turbo yang dibekalkan Horse sebagai penambah jarak (range extender).

Nampaknya enjin Horse berjaya menarik perhatian sebuah lagi syarikat dari Brazil, iaitu Lecar yang diasaskan Flávio Figueiredo Assis pada 2022.

Sebagai makluman, enjin berfungsi sebagai generator atau pembekal tenaga kepada bateri, dan tidak menggerakkan roda seperti biasa. Malah, enjin dimatikan automatik apabila bateri mempunyai tenaga penuh. Selain tenaga daripada enjin, bateri boleh dicas seperti EV sama ada menggunakan pengecas awam atau domestik.

Figueiredo Assis mengambil ilham Elon Musk yang menjual perniagaannya bagi membiayai syarikat kenderaan elektrik (EV) pertama Brazil.

Enjin daripada Horse itu akan digunakan pada Lecar 459 Hybrid, iaitu EV penambah jarak (Extended Range Electric Vehicle, EREV) yang juga kereta pertama Lecar.

Kerjasama Horse dan Lecar

  • Perjanjian dimeterai selepas Lecar membeli unit enjin HR10 pertama untuk diuji dan dikonfigurasi pada kenderaan ujian.
  • Lecar 459 Hybrid bakal dilancar pada 2026.
  • Pada peringkat awal Horse akan membekalkan 12,000 unit enjin HR10 dalam setahun. Enjin ini sudah disesuaikan untuk menggunakan petrol emisi rendah dan bahan api etanol fleks (etanol dan petrol).
  • Selain enjin Horse, Lecar 459 Hybrid akan menggunakan generator elektrik daripada WEG, iaitu rakan komponen elektrik Horse.

Enjin HR10 Horse

  • Enjin 3-silinder 1.0L DOHC dengan suntikan bahan api terus dan pengecas turbo berkuasa 85kW (116ps) dan tork 200Nm.
  • Dikeluarkan dari kilang Horse di Curitiba, Brazil.

Lecar 459 Hybrid

lecar-459-hybrid-brazil-2
lecar-459-hybrid-brazil-3
lecar-459-hybrid-brazil-4
lecar-459-hybrid-brazil-5
  • Memiliki dimensi panjang 4,350mm, lebar 1,820mm, dan tinggi 1,520mm, manakala jarak roda 2,700mm.
  • Motor elektrik HEPU Power 360V berkuasa 120kW (163ps), dan tork 257.9Nm.
  • Bateri Litium LiFEP04 18.4kWj (Thunder Sky Winston)
  • Pacuan roda belakang (RWD).
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 10.9 saat.
  • Jarak pemanduan gabungan 1,000km.
  • Jarak pemanduan bateri: 100km.
  • Harga 47,900 real (RM114,990) (Promosi untuk senarai menunggu).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, HORSE, HORSE Powertrain Limited, Lecar, Lecar 459 Hybrid, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev