BENDA Motorcycles melancarkan cruiser sport Chinchilla 500 versi dipertingkat pada Pameran Perdagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA Motor) 2024 di Chongqing, China, Jumaat lalu.
Chinchilla 500 versi dipertingkat itu menerima talaan semula trenkuasa, tambahan teknologi baharu dan warna lebih segar berbanding varian 500 sedia ada di China.
Berikut perincian Chinchilla 500:
- Ada tiga warna pilihan: hitam, kelabu gelap dan jingga.
- Menggunakan kod model BD500-15 A, manakala kod model sebelum ini BD500-15.
- Enjin sama seperti model semasa (BD2V69MR) jenis 4-lejang V-twin (2-silinder) 8-injap 476cc penyejukan cecair.
- Output kuasa 52.3hp @ 9,300rpm (model lama 49.6hp @8,800rpm), naik 2.7hp.
- Tork lebih tinggi, 48Nm @ 6,000rpm (model lama 42Nm @ 6,700rpm), tambahan 6Nm.
- Sistem pacuan tali sawat.
- Kelajuan maksimum kini 150kmj (model lama 145kmj), naik 5kmj.
- Dimensi keseluruhan panjang 2,260mm, lebar 846mm dan tinggi 1,135mm (model lama: 2,220mm x 890mm x 1,150mm).
- Jarak roda menyusut kepada 1,545mm berbanding 1,550mm.
- Tinggi pelana kekal 705mm, tetapi jarak tinggi bumi bertambah 20mm menjadi 170mm.
- Berat kasar dikurangkan kepada 212kg berbanding 215kg sebelum ini.
- Sistem suspensi fork terbalik di depan dan dwi-absober (belakang).
- Rim aloi 16 inci dengan saiz tayar 150/80 (depan), dan 180/65 (belakang).
- Panel meter TFT warna penuh dengan teknologi sistem konektiviti pintar BCD,
- Kapasiti tangki minyak 16 liter.
- Rekaan kusyen pelana baharu dengan efek lantunan ditambah baik.
- Sistem brek cakera tunggal pada kedua-dua roda, dan dilengkapi Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Harga 26,980 yuan (RM16,345), manakala harga promosi hingga 17 September ini 26,480 yuan (RM16,060)
Leave a Reply