• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MForce Bike Ada Rancangan Lancar Supermoped 250cc?

MForce Bike Ada Rancangan Lancar Supermoped 250cc?

September 15, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MUNGKIN ada yang beranggapan perang supermoped sebenar akan bermula apabila Modenas memperkenalkan produk mereka menjelang tahun depan seperti diumumkan sebelum ini.

Nampak gayanya…tidak. Perang supermoped dijangka memasuki fasa baharu dalam tempoh kira-kira dua atau tiga tahun lagi dengan ketibaan kapcai berkapasiti 250cc!

Cerita mengenai supermoped 250cc itu dikongsi sumber industri semasa penulis membuat liputan di Pameran Perdagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA Motor) 2024 di Chongqing, China yang akan berakhir Isnin ini.

Sumber itu mendedahkan syarikat yang sedang membangunkan supermoped suku liter itu ialah MForce Bike Holdings (MForce Bike) yang berpangkalan di Pulau Pinang.

Seperti diketahui, MForce Bike ada menawarkan beberapa pilihan model supermoped tetapi ditempatkan di bawah jenama berbeza. Ini termasuk SYM VF3i 185 Pro, WMOTO F-15 dan terbaharu, VOGE FR150 Formica Rossa.

Melihat pada kecenderungan MForce Bike, cerita itu nampaknya ada asas apatah lagi dengan sifat progresif syarikat itu membawa masuk pelbagai jenama dan model baharu berharga mampu milik ke pasaran Malaysia.

Sumber itu turut mendakwa model prototaip supermoped 250cc sudah ada di China tetapi masih diperingkat pembangunan dan ujian untuk memperincikan apa penambahbaikan yang perlu dilakukan sebelum produk akhir tiba ke Malaysia.

Penulis belum memperoleh maklumat mengenai perincian trenkuasa 250cc dan apa teknologi yang akan didatangkan bersama supermoped itu. Kita tunggu saja maklumat terbaharu nanti.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, MForce Bike Holdings (MForce Bike), Pameran Perdagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA Motor) 2024, roda2, Supermoped 250cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev