• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton e.MAS 7 Jalani Ujian Intensif di Jalan Raya Malaysia

Proton e.MAS 7 Jalani Ujian Intensif di Jalan Raya Malaysia

September 13, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PROTON New Energy Technology Sdn Bhd (Pro-Net) kini sedang menjalankan ujian intensif terhadap kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, Proton e.MAS 7 bagi memastikan kesesuaian EV itu dengan kondisi jalan raya tempatan.

Pro-Net, yang juga subsidiari penuh Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) dalam kenyataan berkata, ujian itu melibatkan enam unit Proton e.MAS 7 yang dipandu pasukan jurutera pakar Proton merentasi semua laluan di Semenanjung Malaysia.

Berikut aspek ujian yang dilakukan:

  • Ujian Ketahanan Adaptif (DAT)
  • Ujian Jalanan Elektrikal (ERT)
  • Ujian Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
  • Ujian Kebolehpercayaan Kualiti (QRT)

Proton e.MAS 7 bukan sekadar EV biasa. Jurutera Proton sudah melaksanakan pelbagai penyesuaian untuk memastikan memenuhi kehendak dan cabaran jalan raya Malaysia."

"Ujian yang dijalankan termasuk simulasi keadaan lalu lintas di bandar dan luar bandar, mengoptimum sistem navigasi untuk peta jalan raya Malaysia, dan penambahbaikan sistem telekomunikasi bagi memastikan sambungan Internet lancar di kawasan pedalaman dan bandar."

Sistem ADAS itu diuji dalam pelbagai aspek seperti pemanduan di pusat membeli-belah dan persimpangan jalan bagi memastikan e.MAS 7 dapat beroperasi baik mengikut senario pemanduan harian.

Ujian DAT pula merangkumi pemanduan meredah air dengan kedalaman paras air 400mm, bertujuan memastikan EV ini mampu menghadapi situasi banjir yang sering berlaku di Malaysia.

EV daripada Proton itu juga dijadualkan menjalani akreditasi Asean NCAP bagi membuktikan kenderaan itu mampu mencapai tahap keselamatan tertinggi. Ujian QRT juga akan menilai prestasi brek dan reliabiliti keseluruhan dengan sasaran ujian sejauh 100,000km.

Dengan ujian yang masih berlangsung, kemunculan Proton e.MAS 7 di Malaysia kemungkinan besar tiba dalam waktu terdekat, dan juga dijangka mencetus transformasi besar dan menjadi pemain utama dalam industri EV di Malaysia.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), pro-net, Proton e.MAS 7, Proton New Energy Technology (Pro-Net), Ujian Intensif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my