• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kia Perkenal Hab Latihan Global Kelima di Malaysia

Kia Perkenal Hab Latihan Global Kelima di Malaysia

September 13, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KIA Asia Pasifik meningkatkan tahap keterlihatannya di Malaysia dengan melancarkan Pusat Latihan Kia Asia Pasifik di Glenmarie, Shah Alam, sekaligus berjaya mengwujudkan hab latihan global ke-5 di dunia, pada Rabu.

Pemilihan lokasi di Kuala Lumpur ini berfungsi sebagai ibu pejabat serantau organisasi itu dengan menunjukkan keyakinan tinggi terhadap Malaysia sebagai hab penting di rantau Asia Pasifik.

Pusat latihan ini juga akan membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahun anak-anak syarikat termasuk kakitangan bahagian operasi, jualan, serta selepas jualan dengan wujudnya Kecemerlangan Latihan Automotif.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Asia Pasifik, Kevin Ahn berkata;

Pembukaan Pusat Latihan Kia APAC ini selari dengan falsafah syarikat kami untuk memupuk budaya yang mementingkan pelanggan dan orang ramai. Pusat latihan ini menunjukkan komitmen kami terhadap penambahbaikan secara bereterusan dan membantu kami memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi yang melebihi jangkaan pelanggan."

"Malaysia dipilih daripada 34 pasaran kami di APAC kerana lokasinya yang strategik, membolehkan kami memenuhi keperluan industri yang berkembang sambil mengekalkan pasukan di barisan hadapan dalam kemajuan teknologi."

 

Berikut antara kemudahan yang ditawarkan dalam pusat latihan ini:

  • Bilik darjah paparan berteknologi tinggi untuk pengajaran teori
  • Bengkel penuh untuk sesi praktikal
  • Pusat sumber berkomputer untuk maklumat kenderaan Kia
  • Simulator pembaikan maya
  • Alat khusus seperti peralatan diagnostik Kia
  • Menggunakan kereta Kia EV6, EV9, EV5, dan EV3 untuk latihan praktikal.


Pusat latihan baharu ini boleh memuatkan sehingga 80 pelatih pada bila-bila masa dengan persekitaran pembelajaran yang optimum. Jenama itu juga menyasarkan 3,000 pelatih setiap tahun untuk menyokong semua 34 negara di rantau Asia Pasifik.

Selepas tamat program latihan, kesemua pelatih akan menerima pensijilan daripada Kia Asia Pasifik bagi mengesahkan kemahiran dan kepakaran mereka dalam rangkaian global Kia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hab Latihan Kia Asia Pasifik, Kia, Kia Asia Pasifik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev