
MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) secara rasmi melancarkan model E-Class W214 baharu dalam dua varian pilihan, iaitu hibrid ringan (MHEV) E200 Avantgarde dan hibrid plug-in (PHEV) E350e AMG Line yang kedua-duanya ialah model pemasangan tempatan (CKD) dari Pekan, Pahang.
Berikut harga atas jalan tanpa insuran yang ditawarkan mengikut varian:
- Mercedes-Benz E200 Avantgarde - RM355,888
 - Mercedes-Benz E350e AMG Line - RM418,888
 

Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti kilang empat tahun tanpa had perbatuan dan waranti bateri empat tahun atau 100,000km (mana satu tiba dulu).
MERCEDES-BENZ E200 AVANTGARDE
Trenkuasa
- Dijana enjin 4-silinder 2.0L M254 turbo yang menghasilkan output kuasa 204ps @ 5,800rpm dan tork 320Nm @ 1,600-4,000rpm.
 - Menggunakan motor elektrik generator pemula bersepadu (integrated starter-generator, ISG) yang menghasilkan kuasa tambahan 23ps dan tork 205Nm.
 - Transmisi automatik 9-kelajuan 9G-Tronic.
 - Sistem pacuan roda belakang (RWD).
 - Pecutan 0-100kmj sepantas 7.5 saat, manakala kelajuan maksimum 240kmj.
 - Penggunaan minyak 6.7-7.2 liter per 100km.
 
Luaran
- Memiliki dimensi panjang 4,950mm, lebar 1,880mm, dan tinggi 1,468mm, manakala jarak roda 2,961mm.
 - Gril heksagon dengan logo Mercedes-Benz besar.
 - Menggunakan lampu depan LED reflektor biasa, manakala lampu belakang dipadankan kemasan krom panjang.
 - Dilengkapi hendal pintu depan dan belakang tersorok.
 - Menggunakan tayar P Zero 245/45 dan rim aloi bentuk turbin 19 inci.
 - Menggunakan suspensi Agility Control yang lebih rendah 15mm.
 
Dalaman
- Mengekalkan rekabentuk stereng daripada model terdahulu, iaitu tiga jejari yang lengkap dengan butang pelbagai fungsi.
 - Mempunyai ciri baharu Mercedes-Benz User Experience (MBUX).
 - Dilengkapi kluster instrumen digital 12.3 inci dan unit infotainmen 14.4 inci dengan aplikasi App Store dan aplikasi lain seperti Tiktok, Angry Bird, Zoom, Webex.
 - Kapasiti but belakang 615 liter dan boleh diperluas dengan merebahkan kerusi belakang.
 - Ada lampu ambien dengan pancaran projektor logo.
 
MERCEDES-BENZ E350e AMG LINE
Trenkuasa
- Dijana enjin 4-silinder 2.0L M254 turbo yang menghasilkan output kuasa 204ps @ 5,800rpm dan tork 320Nm @ 1,600-4,000rpm.
 - Menggunakan motor elektrik generatot pemula bersepadu (integrated starter-generator, ISG) yang menghasilkan kuasa tambahan 129ps dan tork 440Nm.
 - Transmisi automatik 9-kelajuan 9G-Tronic.
 - Sistem pacuan roda belakang (RWD).
 - Mempunyai bateri litium-ion 25.4kWh yang menyokong pengecasan pantas (DC) 55kW dengan tempoh cas 10-80 peratus hanya 20 minit, manakala pengecas standard (AC) 11kW mengambil masa dua jam.
 - Output keseluruhan 313ps dan tork 550Nm, manakala kelajuan maksimum 236kmj.
 - Kelajuan maksimum penggunaan elektrik penuh 140kmj.
 - Jarak pemanduan elektrik penuh mencapai 100-118km.
 - Penggunaan minyak 0.6 liter per 100km.
 
Luaran
- Dimensi panjang 4,950mm, lebar 1,880mm, dan tinggi 1,468mm, manakala jarak roda 2,961mm.
 - Dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Belakang Modular (Modular Rear Architecture, MRA2) generasi kedua.
 - Gril heksagon dengan logo Mercedes-Benz besar.
 - Sistem lampu LED penuh depan dan belakang dengan ditambah lampu projektor Digital Light.
 - Hendal pintu depan dan belakang tersorok.
 - Dilengkapi bumbung suria panaromik.
 - Ada tambahan AMG Line pada bampar, skirt sisi, dan dua muncung ekzos.
 - Tayar Michelin 275/55 dan rim aloi multijejari 20 inci.
 
Dalaman
- Mengekalkan rekabentuk stereng daripada model terdahulu, iaitu tiga jejari dan dilengkapi butang pelbagai fungsi.
 - Mempunyai ciri baharu Mercedes-Benz User Experience (MBUX).
 - Dilengkapi kluster instrumen digital 12.3 inci, unit infotainmen 14.4 inci, dan skrin penumpang 12.3 inci.
 - Mempunyai App Store dan aplikasi sedia ada seperti Tiktok, Angry Bird, Zoom, dan Webex.
 - Kapasiti but belakang 460 liter (lebih kecil kerana tersimpan bateri) dan ada sambungan but dengan kerusi belakang.
 - Dilengkapi sistem bunyi keliling 4D Burmester
 
Kedua-dua model juga disertakan ciri standard seperti:
- Sistem tanpa kunci
 - Butang tekan-mula
 - Kerusi boleh laras
 - Balutan kerusi kulit Artico
 - Pelindung matahari pada cermin pintu
 - Sistem navigasi realiiti terimbuh (Augmented Reality)
 - Konektiviti Apple Carplay dan Android Auto wayarles
 - Tujuh pembesar suara
 - Sistem bantuan parkir
 - Sistem kamera 360º
 - Sistem buka but automatik
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Leave a Reply