SATU lagi jenama kenderaan terlibat dalam kempen panggilan balik iaitu Mercedes-Benz selain Toyota dan dua jenama motosikal iaitu Honda dan Suzuki.
Pengumuman panggilan balik itu diketahui menerusi satu perkongsian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Facebook sebagai bantuan meluaskan lagi hebahan kepada pemilik kenderaan terlibat.
Dua keping foto yang dikongsi JPJ itu menyenaraikan sebanyak 31 model kenderaan jenama Mercedes-Benz membabitkan sebanyak 10,978 unit kenderaan keluaran tahun 2017 sehingga Mei 2024.
Leave a Reply