• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Porsche Perkenal Taycan Turbo S Celestial Jade di Singapura, Harga Mula RM575k

Porsche Perkenal Taycan Turbo S Celestial Jade di Singapura, Harga Mula RM575k

September 10, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PORSCHE dengan bangganya memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) penuh, Porsche Taycan Turbo S Celestial Jade versi dipertingkat (facelift) hasil kerjsama Porsche Exclusive Manufaktur dan Porsche Asia Pasifik.

Harga yang ditawarkan untuk Taycan facelift ini bermula RM575,000 dengan dua gabungan warna, Urban Bamboo dan Shifting Carbon.

Berikut perincian Taycan Turbo S Celestial Jade:

  • Lampu hadapan dilengkapi teknologi matriks HD resolusi tinggi.
  • Logo Porsche di jalur lampu belakang memaparkan reka bentuk kaca tiga dimensi.
  • Mempunyai fungsi baharu 'Push-to-Pass'.
  • Motor elektrik baharu pada gandar belakang menjana kuasa lebih 80kW berbanding sebelumnya.
  • Berat 10.4kg lebih ringan berbanding sebelumnya.
  • Pecutan 0-100km/j dalam masa 2.4 saat, 0.4 saat lebih pantas berbanding sebelumnya.
  • Kapasiti bateri lebih besar 105kWj berbanding sebelum ini hanya 93kWj.
  • Mampu menempuh jarak perjalanan sejauh 630km berbanding sebelum ini hanya 467km (WLTP).
  • Pengecasan DC sehingga 320kW dengan 10 hingga 80 peratus mengambil masa 18 minit.
  • Menggunakan tayar 20 inci dalam ciri standard.
  • Dilengkapi sistem Pengurus Julat Pintar Porsche (PIRM).
  • Kerusi boleh laras 14-hala.
  • Mempunyai Mod Pandu dan Power Stereng Plus.
  • Lampu ambien.
  • Sistem Bantuan Parkir termasuk pandang keliling dan sokongan parkir aktif.
  • Sistem Kawalan Iklim 4-zon.
  • Sistem Bunyi Keliling BOSE.

Buat kali pertama di dunia, Porsche telah menggabungkan dua warna dengan kesan Chromeflair. Pada fasa penyediaan dan pelaksanaan warna ini sangat rumit sehingga mengambil masa sekitar setahun serta dibuat khas menggunakan tangan yang memperuntukkan sekitar 80 jam waktu bekerja.

Sebagai tambahan cat luaran Cromaflair, kereta itu juga menampilkan logo 'LongMa' sebagai tanda penghormatan budaya Asia. Logo tersebut boleh dilihat pada pengadang pintu bahagian depan dan belakang, projektor pintu, dan perehat kepala.

Penghantaran model Taycan ini dijangka bermula akhir 2024 dan ia akan dipamerkan secara eksklusif di Porsche Studio Singapore.

porsche-taycan-turbo-s-celestial-jade-singapura-8
porsche-taycan-turbo-s-celestial-jade-singapura-2
porsche-taycan-turbo-s-celestial-jade-singapura-1
porsche-taycan-turbo-s-celestial-jade-singapura-3
porsche-taycan-turbo-s-celestial-jade-singapura-6
porsche-taycan-turbo-s-celestial-jade-singapura-10

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Porsche, Porsche Asia Pasifik, Porsche Exclusive Manufaktur, Porsche Taycan Turbo S Celestial Jade

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev