BAGI meluaskan pasaran kereta nasional ke persada dunia, Proton mengumumkan permulaan operasi pemasangann tempatan (CKD) dengan menghantar 120 unit pek CKD Proton Saga pemanduan sebelah kiri (LHD) ke Mesir.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata;
Jualan eksport adalah salah satu bidang tumpuan penting bagi Proton dalam usaha kami mencapai matlamat jangka panjang.
"Memandangkan pasaran automotif Malaysia mencapai tahap tepu semula jadinya, potensi pertumbuhan volum akan datang dari pasaran luar negara yang mana permintaan pengguna dijangka meningkat pada masa akan datang. Penambahan operasi CKD di Mesir menambahkan jumlah kilang yang terlibat dalam aktiviti CKD dan SKD untuk Proton di luar Malaysia kepada lima."
Sejak 2004, Proton hadir di pasaran automotif Mesir bersama rakan kongsi, Ezz Elarab dan secara keseluruhan hampir 17,000 unit import (CBU) dieksport ke negara tersebut.
Pada 2024, dianggarkan 1,400 unit dihantar ke Mesir dengan CKD yang disasarkan bermula pada Disember ini di kilang pemasangan Ezz Elarab Elsewedy Automotive Factories (ESAF), manakala volum pada 2025 juga dijangka meningkat kepada 5,000 unit Proton Saga.
Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu berkata;
Proses CKD Proton Saga di Mesir membolehkan syarikat memenuhi matlamat Kerajaan Mesir untuk mengehadkan bilangan import CBU ke negara tersebut sambil juga menggalakkan aktiviti pemasangan tempatan."
"Ini seterusnya mencipta potensi peluasan kapasiti lebih besar di negara tersebut pada masa depan, terutama selepas kami melancarkan model baharu untuk mencapai matlamat bagi menjadikan Mesir pusat eksport kenderaan Proton di rantau Afrika Utara."
Bagi tiga tahun pertama hingga akhir 2026, pendapatan diperoleh Proton daripada eksport CKD ke Mesir dianggarkan RM570 juta, dengan tambahan RM20 juta dijangka sebagai pendapatan daripada aktiviti eksport alat ganti.
Proton ialah pengeksport utama kenderaan di Malaysia dan walaupun volum semasa kami kira-kira 3 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan, usaha sedang dilakukan untuk meningkatkan angka tersebut dengan memberi tumpuan kepada beberapa bidang utama.
"Contohnya, Proton bekerjasama dengan vendor untuk mengurangkan kos komponen sambil menjemput mereka bekerjasama dengan syarikat negara lain untuk membangunkan rantaian bekalan bagi aktiviti pengeluaran luar negara kami.
"Ini akan memberikan pulangan jangka panjang bukan saja untuk syarikat dan vendor, tetapi juga pembangunan industri automotif bagi pasaran luar," kata Steven.
Leave a Reply