• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Norway Catat Rekod Dunia Jualan EV Tertinggi, Kuasai 94 Peratus Pasaran Domestik Ogos 2024

Norway Catat Rekod Dunia Jualan EV Tertinggi, Kuasai 94 Peratus Pasaran Domestik Ogos 2024

September 6, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


NORWAY meneruskan rentak sebagai pendahulu penerimaan kenderaan elektrik (EV) dunia apabila pada bulan lalu negara itu merekodkan 94 peratus jualan EV daripada keseluruhan jumlah jualan kenderaan baharu. Pencapaian baharu itu dikatakan rekod dunia!

Penduduk Norway dikatakan terus memilih dan membeli EV ketika banyak pasaran EV negara lain mengalami pertumbuhan lembab pada kadar sekitar 10 peratus ke bawah.

Pada bulan lalu, 10,480 unit EV direkodkan di Norway, dan jumlah jualan di negara itu mencatatkan 68,435 unit (87 peratus) daripada keseluruhan jualan 78,832 unit tahun ini.

PRESTASI JUALAN EV OGOS 2024

Berikut model EV dan jumlah jualan di Norway sepanjang bulan lalu:

  • Tesla Model Y: 2,107 unit (19 peratus)
  • Volvo EX30: 932 unit (8.4 peratus)
  • Skoda Enyaq: 720 unit
  • Volkswagen ID.4: 584 unit
  • Toyota bZ4X: 526 unit
  • Audi Q4 e-tron: 369 unit
  • Tesla Model 3: 367 unit
  • Model lain ialah Volkswagen ID.3, BMW i4 dan Nissan Ariya.

Antara pendorong kepada penerimaan EV di Norway adalah insentif ditawarkan Kerajaan seperti:

  • Mereka yang membeli atau memajak EV dikecualikan daripada cukai emisi dan VAT.
  • Pengguna EV layak mendapat pengurangan cukai jalan dan tol sebanyak 50 peratus.
  • Ada beberapa kawasan menawarkan fi parkir lebih rendah untuk pengguna atau pemandu EV

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jualan kenderaan EV Norway, Roda4, Tesla

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev