• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MIROS: Syarat Wajib Brek ABS Dijangka Beri Kesan Kos Motosikal Tapi...

MIROS: Syarat Wajib Brek ABS Dijangka Beri Kesan Kos Motosikal Tapi...

September 6, 2024 By Shawkath Leave a Comment

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


EMPAT hari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) diwajibkan untuk semua motosikal baharu 150cc ke atas yang dijual bermula 1 Januari 2025.

Timbul satu persoalan, adakah keputusan mewajibkan ABS sebagai ciri standard itu membawa kepada kenaikan harga jualan motosikal?

Jawapannya, YA. Namun, kenaikan harga jualan motosikal itu digambarkan sebagai KECIL atau tidak begitu membebankan pengguna.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dalam kenyataan memberi penjelasan mengenai kesan tambahan kos yang didorong keputusan mewajibkan pengeluar motosikal memasang ABS pada motosikal atas 150cc.

Berikut kenyataan MIROS;

Dari segi kos, pemasangan wajib ABS dijangka memberi impak MINIMUM. Trend global menunjukkan harga komponen ABS semakin stabil, terutama peningkatan pengeluaran besar-besaran pengeluar motosikal peringkat antarabangsa.

"Skala pengeluaran lebih besar ini dijangka terus menurunkan kos komponen ABS, menjadikan teknologi ini lebih mampu milik.

"Dengan ini, penunggang motosikal di Malaysia dapat memiliki motosikal yang lebih selamat tanpa kenaikan kos ketara, sekali gus menyumbang kepada peningkatan keselamatan jalan raya secara keseluruhan."

INI SEBAB MENGAPA BREK ABS DIPERLUKAN?

MIROS dalam kenyataan sama menyatakan beberapa kepentingan pelaksanaan wajib brek ABS untuk motosikal baharu 150cc ke atas, iaitu:

  • ABS berfungsi mencegah roda terkunci ketika penunggang membrek kecemasan, sekali gus membantu mengekalkan kestabilan motosikal.
  • Malaysia kini seiring negara lain seperti Kesatuan Eropah (EU), Jepun, India, dan Thailand dalam mewajibkan pemasangan ABS pada motosikal.
  • Bukti komitmen Malaysia terhadap standard keselamatan jalan raya global.
  • Sebahagian inisiatif digariskan dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2022-2030.
  • Kajian membuktikan motosikal dengan ABS mampu memberikan jarak membrek lebih pendek, dan prestasi brek lebih efisien.
  • Dapat membantu mengurangkan risiko perlanggaran dan kematian melibatkan penunggang motosikal.
  • Penunggang motosikal Malaysia merangkumi 65 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian akibat nahas jalan raya.
  • Statistik polis mendedahkan 93 peratus penunggang yang terlibat dalam kemalangan maut dan parah adalah motosikal bawah 250cc.
  • Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan pemasangan ABS pada motosikal mampu mengurangkan kadar kematian jalan raya hingga 31 peratus.
  • Laporan Majlis Keselamatan Pengangkutan Eropah (European Transport Safety Council, ETSC) menunjukkan kematian penunggang motosikal di Eropah berkurangan dalam purata 2 peratus setahun sepanjang 10 tahun terakhir dan sebahagian punca adalah pemasangan wajib ABS.
  • Pengeluar motosikal memberikan respons positif terhadap langkah mewajibkan pemasangan ABS.

Related

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev