• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Kereta Proton Lebih 100k untuk Enam Tahun Berturut-Turut

Jualan Kereta Proton Lebih 100k untuk Enam Tahun Berturut-Turut

September 6, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PROTON sekali lagi berjaya menjual kereta melebihi 100,000 unit buat tahun keenam berturut-turut dengan mencatatkan angka jualan 101,489 unit setakat tahun ini.

Kejayaan ini juga mengukuhkan lagi kedudukan pengeluar itu di ranking kedua keseluruhan bagi jualan automotif nasional dalam bahagian pasaran dianggarkan 19 peratus.

PROTON NEW LOGO
proton-logo-baharu

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, Proton bersetuju dengan keputusan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) untuk meningkatkan lagi unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) setahun penuh kepada 765,000 unit selaras pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diunjurkan hingga 5 peratus.

Kami kekal optimistik mengenai potensi pertumbuhan lanjut dalam industri automotif tempatan. Pasaran automotif Malaysia terus kukuh, dan ini dicerminkan dalam jumlah jualan kami yang melebihi 100,000 unit untuk tahun keenam berturut-turut dengan tempoh berbaki empat bulan lagi dalam 2024.

"Walaupun terdapat banyak persaingan tahun ini daripada jenama baharu, sambutan pasaran terhadap model kemas kini terbaharu Proton, iaitu Proton X50 2024 dan Proton X70 2025 adalah positif dengan angka tempahan kukuh dilihat di seluruh negara.

"Ini bukti keberkesanan penambahbaikan yang dibuat dan menunjukkan betapa pentingnya mempunyai rangkaian pusat 3S/4S terkemuka di pasaran untuk memenuhi keperluan pelanggan kami."

Bagi pasaran Malaysia, TIV dijangkakan meningkat 1.3 peratus bulan ke bulan dan secara keseluruhan TIV 2024 ialah 534,766 unit bersamaan peningkatan 6.2 peratus berbanding 2023.

Disebabkan jualan perlahan pada Julai, jualan eksport model Proton semakin meningkat secara stabil  pada Ogos lalu yang turut dipengaruhi jumlah eksport ke Brunei yang meningkat lebih 100 peratus.

Peningkatan jualan sepanjang Ogos lalu merekodkan TIV 72,678 unit.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, jualan proton meningkat, Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev