• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / HSDM Lancar Hyundai Santa Fe 2025 Facelift dalam Dua Varian Pilihan, Ada Diskaun RM10k!

HSDM Lancar Hyundai Santa Fe 2025 Facelift dalam Dua Varian Pilihan, Ada Diskaun RM10k!

September 6, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


HYUNDAI-Sime Darby Motors (HSDM) membuka tempahan Hyundai Santa Fe 2025 generasi keempat versi dipertingkat (facelift) dengan tawaran diskaun RM10,000 untuk 100 tempahan terawal pada harga anggaran RM185,888 hingga RM205,888, tidak termasuk insurans.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C versi pemasangan tempatan (CKD) itu ditawarkan dalam dua varian: 2.2L diesel dan 1.6L hibrid. Berikut perincian Hyundai Santa Fe 2025 facelift:

  • Ada empat pilihan warna: Jet Black (hitam), Snowflake White Pearl (putih), Meteor Grey (kelabu) dan Stormy Sea (biru).
  • Varian 2.2L Diesel dijana enjin CRDi dengan output kuasa 199hp dan tork 440Nm.
  • Model hibrid 1.6L dipacu enjin Gamma-II T-GDi dengan motor elektrik yang menawarkan kombinasi output 226hp dan tork 350Nm.
  • Kedua-dua varian dilengkapi mod permukaan bumi (Terrain Mode), iaitu Sand (pasir), Snow (salji), Mud (lumpur) termasuk mod pandu ECO dan Sport.
  • Varian 2.2L diesel dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD) HTRAC untuk menambah baik daya cengkaman di kawasan mencabar.
  • Tarikan utama SUV ini ialah rupa depan menerusi gril lebar dengan rekaan signatur geometrik dan lampu siang (DRL) LED bentuk huruf T.
  • Kabin SUV ini dilengkapi konsol tengah lebih tinggi dengan balutan material premium.
  • Unit infotainmen 10.25 inci skrin sentuh untuk kawalan audio, video dan navigasi.
  • Sistem penyaman udara kawalan iklim dwi-zon automatik
  • Pintu but pintar untuk memudahkan kerja memunggah masuk dan keluar barang.

CIRI KESELAMATAN

Hyundai Santa Fe 2025 facelift didatangkan dengan sistem bantuan pemandu Hyundai SmartSense Safety Suite yang terdiri daripada:

  • Bantuan Elak Rempuhan Depan (FCAA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Kawalan Jelajah Pintar (ACC) dengan  ciri Henti-Mula (Start-Stop)
  • Monitor Titik Buta (BSM)
  • Monitor Pandang Keliling (AVM)

Setiap pembelian dipakejkan waranti pengilang lima tahun atau 300,000km (mana satu tiba dulu).

Pengguna dijemput melihat SUV kompak ini lebih dekat di acara Automania 2024 anjuran Sime Darby Motors, bermula hari ini, 6 hingga 8 September 2024 di ruang parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Jika membuat tempahan di acara minggu ini, anda berpeluang memenangi motosikal elektrik bernilai RM38,500.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Hyundai Santa Fe (2024), Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my