• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gara-Gara Dihalang Keluar Parkir, Lelaki Terima 35 Jahitan Akibat Ditetak Pisau

Gara-Gara Dihalang Keluar Parkir, Lelaki Terima 35 Jahitan Akibat Ditetak Pisau

September 5, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG lelaki terpaksa menerima 35 jahitan akibat ditetak pisau pemotong kerana perselisihan faham mengenai parkir di Pekan Kepong, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya menerima aduan dari seorang wanita berusia 43 tahun berkaitan insiden yang melibatkan anak saudaranya itu.

Menurut beliau, insiden itu berlaku selepas kereta Perodua Alza milik pengadu dihalang keluar daripada kotak parkir oleh kereta suspek, model Perodua Myvi.

Pengadu bertindak membunyikan hon beberapa kali namun tiada respons."

“Pada pukul lebih kurang 6 petang, seorang lelaki (mangsa) telah berjalan kearah kereta Myvi tersebut dan berlaku pertengkaran mulut antara suspek dengan anak saudara pengadu.”

kes parking.
kepong
Info lanjut belum diperolehi pic.twitter.com/uqEYu1qA82

— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) September 5, 2024

Sejurus itu, suspek kemudian bertindak menumbuk muka sebelum menetak kepala dan tangan mangsa dengan menggunakan pisau sehingga menyebabkan kecederaan.

Akibat dari insiden ini, mangsa berusia 24 tahun mengalami kecederaan luka di kepala dan tangan sebelah kiri akibat ditetak."

“Mangsa diberikan rawatan di Hospital Selayang dan menerima sebanyak 35 jahitan. Mangsa kini berada dalam keadaan stabil serta diletakkan di bawah pemerhatian pihak Hospital.”

Suspek berusia 27 tahun itu kemudiannya berjaya ditahan polis dengan bantuan orang awam di lokasi kejadian.

Pihak polis turut merampas pisau pemotong sepanjang 32 cm, kereta Myvi, dan kunci kepunyaan suspek sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk tindakan reman selama lima hari.

Semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

SUMBER: Kosmo

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Insiden Jenayah, Perodua Alza, Perodua Myvi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my