• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #Spyshot: QJMotor SRK 921 SV Kembar MV Agusta Superveloce?

#Spyshot: QJMotor SRK 921 SV Kembar MV Agusta Superveloce?

September 5, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEMASA Pameran Motor Milan (EICMA) November lalu, QJMotor mempamerkan model SRK 921 RR dan SRK 1000 RC Ten yang kedua-duanya menggunakan teknologi MV Agusta tetapi dalam rekabentuk China.

Kini tular beberapa foto di Internet yang mendedahkan replika motosikal neo-klasik yang dikatakan sebagai jelmaan MV Agusta Superveloce sejak bulan lalu.

Imej prototaip itu menunjukkan rekabentuk hampir mirip dengan model Itali tersebut dengan fairing bentuk bulat, begitu juga bentuk lampu depan dan belakang LED. Malah swingarm digunakan juga berbentuk sama.

Portal Visor Down mendakwa prototaip itu mungkin dinamakan SRK 921 SV dengan enjin 4-lejang V4 921cc yang menawarkan kuasa 130hp. Mungkinkah SV singkatan untuk Superveloce?

QJMotor SRK 921 SV dikatakan model prototaip, tetapi foto tular dirakam di sebuah bengkel di China awal bulan lalu. Foto juga menunjukkan teks SV9 dan Nine 21 pada fairing sisi.

Setakat ini belum ada penjelasan sama ada SRK 921 SV akan ditayangkan di EICMA 2024 atau membuat debut rasmi di China terlebih dahulu. Mungkinkah bulan ini?

QJMotor’s SRK 921 SV - 5
QJMotor’s SRK 921 SV - 4
QJMotor’s SRK 921 SV - 1
QJMotor’s SRK 921 SV - 6
QJMotor’s SRK 921 SV - 7
QJMotor’s SRK 921 SV - 2
QJMotor’s SRK 921 SV - 3

SUMBER: MotorcycleSports.net | Ruetir.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EICMA 2024, Pameran Motor Milan (EICMA), QJMotor SRK 1000 RC Ten, QJMotor SRK 921 RR, QJMotor SRK 921 SV, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev