• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Bangunkan Versys 1100, Debut Tahun Depan?

Kawasaki Bangunkan Versys 1100, Debut Tahun Depan?

September 5, 2024 By Shawkath Leave a Comment

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI dilaporkan sudah menyerahkan kertas kerja untuk proses homologasi model baharu Versys 1100 di Australia, menandakan motosikal sport adventure tourer itu bakal hadir dengan enjin kapasiti lebih besar.

Bagaimanapun, maklumat awal dipaparkan masih terlalu asas kerana tiada sebarang informasi dikongsi mengenai seseran trenkuasa atau perubahan lain.

Portal Motorcycle.com mendedahkan proses homologasi itu adalah untuk varian S, motosikal yang diposisikan di antara  Versys standard dan SE.

Model baharu Versys 1100 S didapati menggunakan kod model KLZ1100B dan dipercayai tidak menerima pembaharuan signifikan berbanding model 1000cc.

Kawasaki sering menggunakan platform Versys untuk tayangan sistem elektronik terbaharu. Ada kemungkinan Versys 1100 juga hadir dengan teknologi termaju, mungkin sistem radar berasaskan teknologi kawalan jelajah adaptif serta sistem pengesanan titik buta.

Trenkuasa yang digunakan itu dipercayai menggunakan enjin asas 1,043cc 4-silinder sebaris dari model Versys semasa tetapi ditingkatkan sesaran menghampiri 1,100cc.

Jika ada Versysy 1100, mungkin juga akan muncul model lain seperti Ninja 1100 sebagai pengganti Ninja 1000SX dan juga Z1100 untuk mengisi kekosongan Z1000 sejak 2021.

SUMBER: Motorcycle.com

Related

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Kawasaki KLZ1100B, Kawasaki Versys 1100 S, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev