• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Motosikal Elektrik WMC300E+ Boleh Dicas Di Bawah 15 Minit, Kelajuan Sehingga 161 KM/J!

Motosikal Elektrik WMC300E+ Boleh Dicas Di Bawah 15 Minit, Kelajuan Sehingga 161 KM/J!

September 5, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

DI ANTARA rungutan mengenai kenderaan elektrik (EV) ialah tempoh pengecasan yang memakan masa. Untuk motosikal elektrik pula kelajuannya yang rendah dan tidak boleh dipandu jauh.

White Motorcycle Concepts (WMC) dari United Kingdom pula membuktikan sebaliknya dengan memperkenalkan motosikal yang dilengkapi pengecasan pantas dan pertama di dunia direka khusus bagi memenuhi keperluaan flit dan penggerak balas pertama (first responder) di serata dunia.

Motosikal WMC300E+ menawarkan jarak tunggangan sehingga 100 batu (161 km) bagi kegunaan agresif khidmat kecemasan (berbanding 125 batu/201 km kitaran tunggangan standard) dan pengecasan CCS standard hanya memakan masa dibawah 15 minit.

Prestasi itu disumbang oleh konsep bateri unik yang dibangunkan MAHLE Powertrain. Projek ini sebahagiannya dibiayai program Advanced Route to Market Demonstrator (ARMD2) di bawah Advanced Propulsion Centre UK.

Ciri-ciri WMC300E+:

  • Menggabungkan prestasi aerodinamik motosikal dan rekaan bateri inovatif.
  • Rekaan motosikal menggunakan V-Duct atau saluran venturi yang dipaten oleh WMC.
  • Udara mengalir melalui bahagian dalam motosikal dan mengurangkan seretan aerodinamik dengan ketara dan meningkatkan prestasi, kestabilan dan mengurangkan penggunaan tenaga.
  • Konsep aliran udaran di tengah telah ditambah baik dan sebahagian daripada program rekod kejayaan darat (land-speed record) WMC sebelum ini.
  • WMC300E+ menggunakan rekaan dua saluran yang dioptimum dengan 25 peratus peningkatan kecekapan aerodinamik.
  • Konsep, pembangunan dan pengeluaran bateri oleh MAHLE Powertrain.
  • Jurutera WMC dan MAHLE Powertrain mengambil keputusan menggunakan pek bateri bentuk T selepas permodelan, simulasi dan prototaip.
  • Pemusatan berat bagi mengoptimumkan dinamik dan memaksimumkan penggunaan kecekapan saluran aerodinamik selain penyesuaian pada halangan yang ada pada motosikal.
  • Sel bateri Litium Kobalt Oksida dengan Nikel Mangan Aluminium canggih yang mampu menampung kadar pengecasan tinggi dan kalis usia untuk kitaran hayat lebih lama.
  • Menggunakan konsep modul bateri M³x Mahle Powertrain dan juga ciri-ciri penyejukan yang meningkatkan prestasi terma, suhu yang sama untuk keseluruhan pek dan keupayaan sekatan antara sel sekiranya berlaku kegagalan.
  • Pengubah DC-DC diintegrasi di dalam pek bateri dan membolehkan motor cengkaman, pengecas dan sistem 12V motosikal dihubungkan bersama.
  • Rekaan turut mengambil kira kegunaan kuasa untuk perkakasan seperti lampu, siren dan radio.
  • Bateri 11.9 kWj dengan rekaan menjimatkan ruang membolehkan ruang simpanan bawah pelana dikekalkan dan muat untuk topi keledar penuh.
  • Boleh dipecut sehingga 161 km/j.

WMC sebelum ini pernah menghasilkan motosikal tiga roda hibrid WMC300FR yang diubahsuai daripada Yamaha Tricity dan dibangunkan dengan kerjasama Polis Northamptonshire dan sedang diuji oleh perkhidmatan kecemasan di UK.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: EV, White Motorcycle Concepts (WMC), WMC, WMC300E+

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my