• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penganalisis: Kekangan Logistik Punca Operasi Malaysia Airlines Terbantut

Penganalisis: Kekangan Logistik Punca Operasi Malaysia Airlines Terbantut

September 4, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


FIRMA analisis dan perundingan bebas, Sobie Aviation mendakwa antara punca operasi Malaysia Airlines semakin merudum disebabkan kekurangan rantaian bekalan, tenaga kerja, alat ganti, dan kelewatan penyerahan pesawat.

Penganalisis bebas Sobie Aviation, Brendan Sobie berkata, kekangan berterusan dalam industri sejak beberapa tahun ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan susah mengekalkan operasi berkualiti.

Mereka (Malaysia Airlines) tidak bersendirian, tetapi malangnya mereka sudah terjejas, terutama dalam beberapa bulan lalu berbanding lain. Keadaan semakin meruncing beberapa bulan lalu, apabila tiada pesawat dan alat ganti tersedia."

Menurutnya, isu ini juga menjejaskan prestasi ketepatan masa (OTP) syarikat penerbangan itu sejak satu atau dua tahun lalu.

Situasi itu bukan perkara baharu dalam industri kerana syarikat penerbangan lain yang bermasalah sama masih dapat menguruskan jadual dengan teratur dan sistematik.

Bagaimanapun, ini berbeza apa dihadapi Malaysia Airlines hingga menimbulkan kemusykilan terhadap pengurusan isu tersebut.

Bagi mengatasi masalah penyelenggaraan dan alat ganti pula, pengeluaran peralatan tulen (OEM) perlu bekerjasama dengan syarikat penerbangan, terutama dalam menumpukan model penyelenggaraan jangkaan pintar supaya tempoh jangkaan kegagalan komponen pesawat dapat dipastikan dengan tepat.

Ketua Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata, kerjasama tersebut akan membawa kepada pengurangan tempoh untuk membaiki, baik pulih, dan menyelenggara pesawat.

Berdasarkan siasatan dijalankan Pihak Berkuasa Awam Malaysia (CAAM), tempoh pembaharuan Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) Malaysia Airlines sudah dikurangkan daripada tiga tahun kepada setahun.

Keputusan itu dibuat CAAM berikutan laporan bulanan status pelaksanaan pelan mitigasi syarikat penerbangan tersebut.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Analisis, Malaysia Airlines, Pihak Berkuasa Awam Malaysia (CAAM), Sobie Aviation

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev