• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Puspakom Jadi Pemegang Lesen Syarikat Pemeriksaan Kenderaan Pertama Malaysia

Puspakom Jadi Pemegang Lesen Syarikat Pemeriksaan Kenderaan Pertama Malaysia

September 3, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PUSPAKOM Sdn Bhd (Puspakom) kini memulakan operasi sebagai pemegang lesen pemeriksaan kenderaan pertama di Malaysia berkuat kuasa 1 September 2024.

Pelaksaan operasi ini dibuat selepas penamatan konsesi sebagai penyedia tunggal perkhidmatan pemeriksaan kenderaan pada 31 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, anugerah lesen operasi ini membuka peluang kepada Puspakom untuk menjadi entiti lebih lestari dan kompetitif dalam sektor automotif Malaysia.

Puspakom berbangga menjadi pemegang lesen pemeriksaan kenderaan pertama negara, dan akan terus mengekalkan misi kami untuk menjadikan pengangkutan jalan raya lebih selamat melalui pemeriksaan kenderaan."

"Ketika persiapan menghadapi landskap yang kompetitif, kami sudah merangka pelan komprehensif untuk penambahbaikan supaya lebih bersedia pada masa depan."

"Ini termasuk naik taraf perkhidmatan pelanggan, produk dan perkhidmatan baharu serta penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menjadikan Puspakom bersedia untuk persaingan."

Dengan pengalaman 30 tahun dan gabungan teknologi AI, perkhidmatan Puspakom akanjadi lebih cekap, terutama dalam mengembalikan masa produktviti serta menyediakan lebih banyak slot pemeriksaan kepada pelanggan seluruh negara.

Sebelum ini, tempoh pemeriksaan mengambil masa 75 minit, tetapi sekarang mampu diselesaikan dalam tempoh purata 34 minit sahaja.

Puspakom turut memulakan operasi 16 jam sebagai percubaan di Cawangan Glenmarie, Shah Alam yang beroperasi dalam dua syif bermula jam 7 pagi hingga 11 malam.

Percubaan operasi 16 jam ini adalah sebahagian usaha kami memperbaiki penyampaian perkhidmatan. Percubaan ini bertujuan mengumpulkan data dari segi cabaran operasi dan penerimaan pelanggan."

"Walaupun Cawangan Glenmarie hanya untuk kereta persendirian, ini membolehkan kami mendapatkan data diperlukan dan membuat penambahbaikan sebelum melaksanakan di lebih banyak cawangan."

Bagi waktu operasi lebih panjang pula akan dilaksanakan di kawasan tumpuan pasaran utama selepas fasa percubaan berjaya, dijangka tamat pada 3 Januari 2025.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan (MOT), Pemegang Lesen Pemeriksaan Kenderaan, PUSPAKOM, PUSPAKOM Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev