ACARA tumpuan Malaysia Speed Festival (MSF), Merdeka Race 2024 menyaksikan Honda Civic EF Generasi ke-4 (dibina antara 1987-1991) muncul sebagai juara keseluruhan perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Petronas Sepang, malam Ahad lalu (1 September 2024).
Semua peserta perlumbaan dikuasakan Petronas Primax itu perlu melengkapkan 99 pusingan sejauh 5.543km untuk merebut enam kategori perlumbaan berbeza.
Bagaimanapun, sebarang kemungkinan boleh terjadi apabila hanya 42 daripada 77 pelumba sahaja yang berjaya menamatkan pusingan hingga ke garisan penamat.
Lebih mengejutkan, pasangan 'Boy' Soh Zhi Xian dan Tan Wai Hoong yang memandu Perodua Myvi generasi pertama daripada pasukan Trackerz Racing terpaksa akur untuk tidak meneruskan perlumbaan pada pusingan ke-76 walaupun berjaya menjadi lima terbaik sepanjang 26 pusingan awal.
Civic EF dipandu tiga pelumba Gan Kim Koa, Lee Wai Cong, dan Hayden Haikal melengkapkan pusingan penuh perlumbaan dengan catatan masa keseluruhan 4 jam 54 minit 31.789 saat. Ini secara tidak langsung melayakkan trio itu dinobatkan sebagai juara dalam kategori Super 1800cc.
Kereta kami hampir kehabisan minyak pada dua pusingan terakhir tapi saya tetap mencuba terbaik untuk memastikan kereta ini tidak berhenti."
"Kereta ini juga membuat kemunculan kali kedua selepas enam tahun tidak menyertai mana-mana perlumbaan."
Tempat kedua keluruhan dimenangi trio Faizal Naim, William Yong, dan Al Amin Mohd yang memandu Honda Civic bagi pasukan Millenium Racing 1, sekali gus memenangi tempat pertama bagi kategori Super Touring Vision HKS.
Tempat ketiga keseluruhan dan juga juara kategori Vision HKS GT86 x BRZ Racing Cup pula dimenangi pasangan Mohd Fahrizal Hassan dan Syed Mohd Rizal menerusi jentera Toyota GR86.
Semua tiga pemenang teratas setiap kategori membawa pulang hadiah terkumpul bernilai RM50,000. Berikut keputusan penuh mengikut kategori:
Keseluruhan
1. Gan Kim Koa/Lee Wai Cong/Hayden Haikal 99 lap
2. Faizal Naim/William Yong/Al Amin Mohd (Millennium Racing 1) 99 lap
3. Mohd Fahrizal Hasan/Syed Mohd Rizal (FAWSTER SMRT) 99 lap
Rennplatz Standard Production
1. Siah Woei Ping/Chong Chin Young 98 lap
2. Chio Wen Cheng/Kingston Tan/Tse Ka Hing 97 lap
3. Freddie Ang/Jwan Hii 96 lap
Rennplatz Standard Production Max
1. Tan Wooi Loon/Roni Risman (Piston Project) 96 lap
2. Ahmad Firdaus/Mohamad Najib/Lee Kun San (Fawster 22ProShop) +14.626s
3. David Kang/Gerald Goh (Sokudo Shenzo Racing X Agi) 95 lap
Vision HKS Super Touring
1. Faizal Naim/William Yong/Al Amin Mohd (Millennium Racing 1) 99 lap
2. Jonathan Lee/Justin Toh (TEDCO Racing) +1:19.160
3. Mohd Irwan/Aiyub Alamghir (Sokudo Shenzo Racing) 96 lap
Vision HKS GT86 x BRZ Racing Cup
1. Mohd Fahrizal Hasan/Syed Mohd Rizal (FAWSTER SMRT) 99 lap
2. Muhd Khairul Nizam/Sean Khoo (EXN-JR Speed Sucimuci) 97 lap
3. Kenneth The/Danny Chang 94 lap
Super 1800
4. Gan Kim Koa/Lee Wai Cong/Hayden Haikal 99 lap
5. Yau Weng Wai/Low Zhe Wei 94 lap
6. CY Khoo/Gilbert Ang 89 lap
Super Production
1. Jonathan Xie/Leong Jia Le KentXie-Kent 98 lap
2. Muhammad Nurazmi/Shamir Aizan/Raha Ahmad (55twelve X A RC Racing) 96 lap
3. Ng Tiam Lai/Eugene Lin/Mark Darwin 94 lap
Leave a Reply