• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pencuri Larikan Trak Treler Berisi 4 Kereta Lumba Porsche, Alat Ganti Bernilai RM6.5j!

Pencuri Larikan Trak Treler Berisi 4 Kereta Lumba Porsche, Alat Ganti Bernilai RM6.5j!

September 2, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


FIRMA sukan permotoran, Rennsport-One melaporkan kehilangan sebuah treler yang berisi empat jentera lumba Porsche 718 Cayman GT4 RS Clubsport, alat ganti serta pelbagai peralatan perlumbaan dalam satu kes kecurian di Florida, Amerika Syarikat.

Kejadian kecurian itu dilaporkan berlaku di fasiliti Rennsport-One di Pompano Beach, Florida kira-kira jam 3 pagi pada Ahad lalu. Jumlah kecurian dianggarkan kira-kira AS$1.5 juta (RM6.5 juta). Harga anggaran seunit kereta lumba itu ialah AS$350,000 (RM1.52 juta).

Rennsport-One turut berkongsi kejadian kehilangan itu di media sosial dan polis sudah menjumpai trak tersebut tetapi treler (kontena) dengan muatannya masih belum ditemui. Pencuri dilaporkan menanggalkan alat pengesan GPS pada treler berkenaan.

Selain pemburuan pihak polis, Rennsport-One turut melantik penyiasat persendirian sebagai usaha menjejak kembali treler dengan semua muatan dibawanya.

Pemilik Rennsport-One (RS1), Justin Bellinzoni dilaporkan berkata, pasukannya menyimpan empat unit kereta lumba Porsche 718 Cayman GT4 RS Clubsport di dalam treler tersebut, bersama alat ganti, tayar, peralatan keselamatan dan rim. Hanya satu daripada empat kereta lumba itu ada perlindungan insurans.

Rennsport-One menerusi Instagram turut mengumumkan pemberian ganjaran besar kepada sesiapa yang membawa kepada penemuan treler berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RS1 (@rennsport_one)

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Justin Bellinzoni, Porsche 718 Cayman GT4 RS Clubsport, Rennsport-One

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!
    My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev