• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemuda Tawar Khidmat Jahit Stereng Mampu Raih RM2k Sebulan

Pemuda Tawar Khidmat Jahit Stereng Mampu Raih RM2k Sebulan

August 30, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG lelaki yang menawarkan perkhidmatan menjahit stereng tidak menyangka mampu meraih pendapatan RM2,000 sebulan walaupun hilang mata pencarian sejak Mei lalu.

Muhammad Shalihin Hashim, 24, berkata, idea menjalankan perkhidmatan ini bermula selepas mempelajari kemahiran jahitan daripada ibunya dan menerusi internet.

Saya berlatih menjahit ini pada empat stereng kereta milik keluarga. Selepas benar-benar mahir, saya mula buka tempahan."

"Rupa-rupanya ramai yang mencari perkhidmatan ini dan saya bersyukur apa yang dilakukan ini mendapat sambutan."

Hasil kerja keras dan latihan untuk meningkatkan kemahiran menjahit, dia berjaya memendekkan tempoh masa jahitan daripada dua jam kepada 20 hingga 40 minit untuk setiap satu stereng kereta.

Shalihin juga menjalankan perkhidmatan tersebut di sekitar Kelantan dan Terengganu secara bergilir setiap minggu dengan menerima dua hingga enam tempahan sehari.

Dianggarkan 200 stereng terdiri daripada kereta tempatan dan import dapat dijahit dengan hanya mempromosi perkhidmatan tersebut secara atas talian dan caj RM50 hingga RM70 mengikut jenis kenderaan.

Saya mengenakan cas pengangkutan sekitar RM10 hingga RM60 mengikut jauh perjalanan. Setakat ini saya mampu menjana pendapatan lebih RM2,000 sebulan."

"Walaupun pembalut siap pasang juga dijual dipasaran, khidmat begini masih mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pelanggan."

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jahit Stereng Kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my