• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Modenas Karisma 125S Jadi Kawasaki Brusky 125 di Filipina, Harga RM5.7k?

Modenas Karisma 125S Jadi Kawasaki Brusky 125 di Filipina, Harga RM5.7k?

August 28, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

KAWASAKI Motors Philippines (Kawasaki Filipina) sudah memulakan kempen promosi model skuter Brusky 125 dengan pelekat badan tertera fon baharu jenama Modenas.

Perkongsian foto Karisma 125S yang dijenamakan semula sebagai Kawasaki Brusky 125 itu dibuat kira-kira lima hari sebelum Modenas mengumumkan aktiviti penjenamaan semula logo di Petaling Jaya, Selangor.

Jenama Kawasaki berwarna hitam putih juga kelihatan pada sebelah kiri dan kanan berhampiran roda belakang. Jenama Modenas baharu terpampang pada visor hitam depan instrumen meter serta panel sisi kiri dan kanan di sebelah lampu utama.

Bagaimanapun, kulit enjin Brusky 125 memaparkan teks font Modenas lama sama seperti seperti Karisma 125S di Malaysia. Ini menunjukkan Malaysia tetap destinasi pertama pengenalan lencana dan logo baharu Modenas.

Berdasarkan poster promosi, Kawasaki Filipina mendedahkan tiga warna sedia ada Brusky 125, sama seperti Karisma 125S  di Malaysia iaitu Mystic Red (merah), Duchess Gold (emas) dan Aqua Blue (biru). Semakan menerusi laman web Kawasaki Filipina menunjukkan ada paparan harga 75,000 peso (RM5,790) untuk Brusky.

Laman web sama turut memaparkan maklumat spesifikasi seperti berikut:

  • Kawasaki Brusky 125 ialah model skuter terbaharu diperkenalkan menerusi kerjasama antara Kawasaki Filipina dan Modenas.
  • Kerjasama itu menggabungkan standard global Kawasaki dan kepakaran pembuatan Modenas dalam menghasilkan model skuter praktikal untuk kegunaan harian.
  • Skuter ini dipacu enjin 4-lejang 125cc SOHC dengan suntikan bahan api (FI) yang ditala untuk keseimbangan kuasa dan kecekapan bahan api.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Kawasaki Brusky 125, logo baru modenas, Modenas Karisma 125S, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my