MOTOSIKAL dan Enjin Nasional (Modenas) yang merupakan anak syarikat kepada DRB-Hicom Berhad secara rasmi melancarkan logo dan identiti jenama baharu selari dengan pengembangan global, teknologi baharu, dan penyelesaian yang lebih bersih.
Pelancaran yang berlangsung di JioSpace, Petaling Jaya, memaparkan perasmian logo baharu yang diinspirasilan daripada simbol ikonik “M” yang membawa nama Modenas sendiri.
Berikut perincian berkenaan logo terbaharu ini:
- Logo huruf “M” yang lebih moden dan nampak berani.
- Bulatan yang menggambarkan ketepatan dan identiti baharu.
- Kekal dengan warna biru dan putih.
- Logi dikemas kini dengan memperkenalkan varian kelabu dan platinum Modenas.
- Pengenalan elemen “Road Star” baharu yang mencerminkan arah baharu jenama ini iaitu penekanan kepimpinan industri, keupayaan menyesuaikan diri, dan komitmen untuk pertumbuhan.
Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata;
“Modenas mewakili legasi yang dibina oleh rakyat Malaysia. Kami telah membina asas yang kukuh di Malaysia, tetapi kami berhasrat untuk meluaskan cita-cita ini untuk merentasi sempadan negara.”
“Industri mobiliti kini sedang berkembang pesat, didorong oleh keperluan mendesak untuk peralihan tenaga dan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kelestarian alam sekitar.”
”Dengan ini, visi baharu kami akan membawa keseronokan yang menghubungkan orang dan komuniti, dengan menyediakan nilai, teknologi, dan produk lestari di peringkat global.”
Bermula hari ini, logo terbaharu Modenas akan diganti dan digunakan dalam semua model mereka termasuk model lama atau model yang akan dilancarkan pada masa akan datang.
Leave a Reply