• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lexus RX 500h Black Line Special Edition 2025 dengan Enjin Turbo Hibrid, Kaliper Brek Jingga

Lexus RX 500h Black Line Special Edition 2025 dengan Enjin Turbo Hibrid, Kaliper Brek Jingga

August 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PERSAMAAN antara pengguna Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia adalah mahukan kenderaan yang nampak sporty. Disebabkan itu pengeluar tampil dengan koleksi kit badan atau versi sporty terus dari kilang seperti GR Sport dari Toyota.

Ragam pengguna di AS dapat dilihat menerusi penawaran model TRD yang lebih menonjol, seperti trak pikap Tacoma dan Tundra. Bukan saja Toyota, subjenama mewah Lexus turut menawarkan model versi berbeza berbanding standard kepada pelanggan.

Misalnya, Lexus RX 500h Black Line Special Edition 2025 yang unik dengan kaliper brek jingga dan lazim dipasang pada jenama F Performance daripada Lexus.

Tawaran itu antara tujuh varian RX 2025 di AS yang terdiri daripada Standard, Premium, Premium+, Luxury, F SPORT Handling, F SPORT Performance dan F SPORT Design.

Lexus RX 500h Black Line Special Edition 2025 hanya dibuat khas untuk RX 500h F SPORT Performance. Berbanding jumlah pasaran Amerika Utara, model edisi khas ini cuma dibuat 500 unit sahaja sebagai model 2025.

Ciri Lexus RX 500h Black Line Special Edition 2025

Trenkuasa
  • 2.4L turbo hibrid prestasi tinggi berkuasa 271hp dengan kotak gear automatik 6-kelajuan
  • Unit Kawalan Kuasa (PCU) bersepadu
  • Bateri nikel-besi hidrida (NiMH)
  • Gandar belakang eAxle 80kW, terdiri daripada unit inverter dan motor untuk membekalkan kuasa hampir serta-merta kepada roda belakang
  • Pacuan semua roda (AWD) DIRECT4 dengan agihan daya pacuan depan dan belakang sepantas milisaat (ms)
  • Output kuasa keseluruhan 366hp dan tork 550Nm
Casis dan Pengendalian
  • Menggunakan platform GA-K dengan pusat graviti (CoG) rendah
  • Binaan struktur daripada besi 1,180MPa pada alang pintu, 1,470MPa untuk bumbung dan 2GPa pada pilar-B
  • Braket pada sokongan radiator, lantai tengah, strut suspensi belakang dan bukaan pintu belakang menyumbang kepada ketegaran keseluruhan
  • Suspensi MacPherson di depan, dan Multi-Link 5-lengan di belakang
  • Saiz trek depan 65 inci di depan dan 66 inci di belakang.
  • Pilihan suspensi adaptif Adaptive Variable Suspension (AVF)
  • Pilihan sistem belok dinamik Dynamic Rear Steering (DRS) dengan pembelokan hingga 4º
Penampilan
  • Warna badan Incognito
  • Komponen luar hitam
  • Rim 21 inci hitam
  • Kaliper aluminium 6-piston warna jingga yang kali pertama untuk RX
  • Brek cakera depan 399mm
  • Ruang kabin hitam dengan sulaman benang kelabu
  • Bumbung kaca panoramik
  • Unit infotainment skrin sentuh definisi tinggi (HD) 14 inci
Lexus Safety System+ 3.0
  • Sistem Pra-Perlanggaran dengan Pengesan Pejalan Kaki
  • Bantuan Stereng Kecemasan Elak Risiko
  • Pengesan/Pembrekan Belok ke Kiri Kenderaan Dari Depan
  • Kawalan Pandu Radar Dinamik (DRCC) Semua Halaju
  • Bantuan Jejak Lorong (LTA)
  • Amaran Tukar Lorong dengan Bantuan Stereng (LDA with SA)
  • Bantuan Isyarat Jalan Raya (RSA)
  • Bantuan Pandu Proaktif (PDA)

Sebagai makluman, versi lain, Lexus RX 500h F Sport sudahpun dibawa ke pasaran tempatan pada Ogos 2023 yang dijual pada harga RM498,888!

Lexus RX 500h Black Line Special Edition (MY2025)
Lexus RX 500h F Sport Malaysia (2023)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Lexus, Lexus RX, Lexus RX 500h, Lexus RX 500h Black Line Special Edition, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my