SUBSIDIARI milik penuh Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), CADB Central Auto Distributors Bhd (CADB) memperkenalkan model elektrik Dongfeng BOX kepada media yang dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada suku ketiga tahun ini.
Pengenalan ni juga adalah debut pertama dunia untuk Dongfeng BOX versi pemandung sebelah kanan (RHD). Sebagai makluman, Dongfeng ialah pengeluar automotif milik Kerajaan China berpangkalan di Wuhan yang turut terlibat menghasilkan aset militari negara tersebut.
TENTANG DONGFENG BOX
Dongfeng BOX ialah model EVpertama dibina berasaskan platform canggih Dongfeng Quantum Architecture S3 dengan menampilkan rekabentuk kompak dan tangkas yang sesuai untuk pemanduan bandar.
Berikut spesifikasi Dongfeng BOX:
Luaran
- Memiliki dimensi badan panjang 4,020mm, lebar 1,810mm dan tinggi 1,570mm dengan rekabentuk moden dan bergaya yang nyata menonjol dalam segmennya.
- Rekabentuk luaran menampilkan garis badan aerodinamik dan licin dengan lampu utama LED, hendal pintu tersorok, bumbung apung dan tingkap pintu tanpa frem memberikan ilusi ringan dan dinamik.
Dalaman
- Ruang dalaman menggunakan kemasan kulit corak berlian berkualiti untuk suasana kabin mewah dengan lampu ambien 32 warna pilihan, dan cermin pandang belakang tanpa bingkai.
- Walaupun panjang keseluruhan hanya 4,020mm, tetapi BOX mempunyai jarak roda panjang 2,663mm untuk ruang dalaman luas dengan penggunaan ruang optimum hingga 66 peratus.
- Dilengkapi pelbagai ciri multifungsi yang selesa dan praktikal serta canggih, seperti mod baring rata dengan satu butang untuk pemandu utama.
- Unit infotainment skrin sentuh 12.8 inci jenis apung dengan pengecas wayarles untuk telefon bimbit, dan fungsi bantuan pemanduan pintar L2.
Trenkuasa
- Dijana unit pacuan elektrik Mach E 10-dalam-satu (10-in-1) yang menawarkan kelebihan seperti kecekapan tinggi, integrasi sempurna, dan penggunaan tenaga rendah.
- Output kuasa 70kW (93.8hp) dan tork 160Nm, manakala kelajuan maksimum 140kmj.
- Menyokong pengecasan pantas (DC) dan biasa (AC), dengan keupayaan mengecas DC 30-80 peratus sepantas 30 minit.
- Dilengkapi fungsi pengecasan luaran (V2L) yang membolehkan pengguna mengecas peralatan elektrik pada bila-bila masa seperti ketika berkelah bersama keluarga atau rakan.
Leave a Reply