• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / General Motors (GM) Hasilkan Transmisi 3 Klac dengan 11-Kelajuan

General Motors (GM) Hasilkan Transmisi 3 Klac dengan 11-Kelajuan

May 23, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


KETIKA kita sedang membayangkan kereta masa depan mungkin didatangkan dengan kotak gear automatik sekurang-kurangnya 9 atau 10-kelajuan, tetapi pengeluar automobil pula berfikir lebih jauh daripada itu. Honda tahun lalu dilaporkan mempatenkan transmisi automatik 11-kelajuan dengan tiga klac, manakala tahun ini General Motors (GM) siap sedia membangunkan kotak gear 11-kelajuan!

Sama seperti unit Honda, transmisi GM juga memiliki 3 klac, dan ada dua nisbah undur sebagai tambahan kepada 11 gear hadapan. GM kini sudah menghasilkan transmisi 10-kelajuan (gambar bawah) yang dipasangkan pada model-model seperti Chevrolet Tahoe (gambar bawah, kanan) dan Camaro ZL1.

BUKAN CIPTAAN BAHARU

Mercedes-Benz GLS 350D menggunakan transmisi 9G-TRONIC

Malah, Ford dan Lexus turut memperkenalkan transmisi 10-kelajuan, manakala Mercedes sudah lama menghasilkan unit transmisi 9-kelajuan bagi kebanyakan model baharunya, dipanggil 9G-TRONIC. Apakah teknologi masa depan akan membolehkan pemandu memilih tetapan gear seperti menunggang basikal gunung atau mountain bike? Apapun, segala yang dilakukan semestinya bertujuan membangunkan sebuah kenderaan yang bukan saja berkuasa, tetapi cekap!

Secara teori, lebih banyak roda gigi atau cog, semakin mudah unit kawalan kotak gear mengekalkan kelajuan enjin pada tahap paling efisien tanpa mengira berapa laju kenderaan anda. Jadi, transmisi generasi baharu 11-kelajuan itu bakal memberikan penambahbaikan dari segi penjimatan bahan api sebanyak lima peratus yang seiring komitmen dunia dalam mengurangkan pencemaran karbon menjelang 2025.

SUMBER: Car Throttle

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 9G-TRONIC, Auto Terkini, General Motors (GM), GM, transmisi, transmisi automatik, transmisi automatik 11-kelajuan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my