• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda CX-80 2025 Diperkenal di Jepun yang Lebih Lebar dan Panjang daripada CX-8

Mazda CX-80 2025 Diperkenal di Jepun yang Lebih Lebar dan Panjang daripada CX-8

August 22, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

30
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAZDA boleh dianggap sebagai pengeluar yang menonjol dalam tawaran kenderaan utiliti sukan (SUV). Di luar sana, Mazda sudah melancarkan pelbagai model SUV baharu seperti CX-50, CX-60, CX-70, CX-80 dan CX-90.

Itu belum dikira model terdahulu seperti CX-3, CX-30 dan CX-5 yang masih ada di pasaran. Seperkara lagi perlu diketahui, Mazda sudahpun bergerak ke arah rekabentuk dan pakej premium.

Terbaharu Mazda memperkenal CX-80 2025 di Jepun selepas Eropah pada April lalu.Berikut perbezaan dimensi antara CX-80, CX-8 dan CX-60:

  • Panjang: 4,990mm | 4,925mm |4,740mm
  • Lebar: 1,890mm | 1,845mm | 1,890mm
  • Tinggi: 1,705mm, 1,710mm | 1,730mm | 1,685mm
  • Jarak Roda:  3,120mm | 2,930mm | 2,870mm

Jelas Mazda CX-80 2025 lebih panjang dan lebar daripada CX-8 yang sudah dihentikan pengeluaran di Jepun pada penghujung 2023. Mazda CX-60 pula lebih sesuai dibandingkan dengan CX-5.

Dari segi rekabentuk, Mazda CX-80 2025 membawa evolusi terdahulu yang kelihatan lebih premium. Rekabentuk SUV itu menggabungkan ciri sporty dan keanggunan dengan permukaan sisi lembut tanpa garis bahu keras.

Tempat duduk baris kedua datang dalam tiga jenis, iaitu kerusi kapten dengan atau tanpa konsol tengah dan lorong, manakala pilihan ketiga jenis bersambung seperti biasa.

Sesuai saiz yang memuatkan tiga baris tempat duduk atau ramai penumpang, Mazda CX-80 2025 tidak ditawarkan dalam versi enjin kecil dan pelanggan boleh memilih 2.5L petrol atau 3.3L diesel turbo.

Senarai Enjin

  • Diesel 6-silinder sebaris 3.3L turbo SkyActiv-D
  • Diesel hibrid ringan (MHEV) 48V 6-silinder sebaris dengan M Hybrid Boost 3.3L turbo e-SkyActiv D
  • Petrol hibrid plug-in (PHEV ) 2.5L e-SkyActiv PHEV

Di Eropah, kuasa sistem e-SkyActiv-D ialah 254ps (251hp) dan tork 550Nm, manakala e-SkyActiv PHEV pula berkuasa 328ps (325hp) dan tork 500Nm dengan mod elektrik boleh dipandu sejauh 60km.

Mazda CX-80 2025 akan mula dijual  di Jepun pada musim luruh tahun ini (September ke atas).

Related

30
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), mazda, Mazda CX-80, Mazda CX-80 2025, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my