• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / EON Bukan Sekadar Proton Tetapi Perniagaan Kenderaan Pelbagai Jenama

EON Bukan Sekadar Proton Tetapi Perniagaan Kenderaan Pelbagai Jenama

August 15, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MASIH ramai orang kurang mengetahui tentang EON Berhad (EON), iaitu syarikat di bawah Kumpulan DRB-Hicom yang menyambut ulang tahun ke-40 tahun ini.

Satu tinjauan dibuat EON melibatkan lebih 1,000 orang sebelum ini mendapati ada responden masih menganggap atau berpandangan EON ialah Proton.

Tidak dinafikan, dua jenama itu ada sejarah rapat pada awal permulaan dan pembabitan dalam sektor automotif. Namun sebenarnya, EON sudah mengorak langkah jauh ke depan dan tidak keterlaluan jika firma itu boleh dianggap sebagai entiti perniagaan yang terlibat dalam perniagaan automotif serba lengkap di Malaysia.

Ketua Pengedaran Automotif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EON, Akkbar Danial menyatakan, EON terlibat dalam tiga aspek utama perniagaan kenderaan iaitu:

  • Pengedaran dan syarikat kawalan bersama pelbagai jenama kenderaan
  • Peruncitan kenderaan penumpang dan komersial
  • Servis berkaitan automotif

Jadual di bawah ini menunjukkan jenama-jenama kenderaan yang diedarkan EON dan kepentingan dalam syarikat lain:

EON JADI PENGEDAR EV PROTON e.MAS

Akkbar dalam taklimat di Genting Highlands, Pahang mendedahkan EON juga akan membuka cawangan untuk jenama kenderaan elektrik Proton, iaitu e.MAS tahun ini.

Ini bermaksud, EON akan meluaskan tawaran kenderaan elektrik (EV) ketiga selepas menjadi pengedar rasmi smart dan Audi e-tron.

SENARAI, LOKASI PREMIS CAWANGAN MULTIJENAMA BAWAH EON

  • 10 cawangan pengedaran Proton (jumlah paling banyak di Malaysia)
  • 10 cawangan pengedaran Mitsubishi (jumlah paling banyak di Malaysia)
  • Enam pusat pengedaran kenderaan komersial Isuzu
  • Satu cawangan Audi (EON miliki 70 peratus pegangan pasaran)
  • Satu cawangan Volkswagen
  • Satu bilik pameran dan pengedaran smart (premis pertama smart di Malaysia)
  • Satu cawangan Daihatsu
  • 19 pusat AVIS (bisnes sewaan dan pajakan kenderaan penumpang serta komersial)
  • Empat premis Petromin Express (baik pulih dan penyelenggaraan kenderaan) di Lembah Klang (Kampung Subang, Glenmarie, Wangsa Maju dan Kota Kemuning

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, DRB-Hicom, EON Berhad, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev